Sistem Pembangunan Antarabangsa dan Kepakaran SUV Ford Mendasari Penghasilan SUV Global Serba Baharu


Lama sebelum sesebuah SUV serba baharu dan bertaraf dunia Ford meluncur di atas jalan raya – atau bersaing di pasaran – Ford sudah tahu siapakah yang akan memandunya. Sama seperti mana-mana kereta atau trak baharu Ford, proses pembangunan kenderaan bermula daripada pelanggan. 

Bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap kenderaan utiliti sukan di peringkat global – segmen yang tumbuh sebanyak 13 peratus pada tahun 2013 dan dijangka terus berkembang pesat – Ford mahu menghasilkan sebuah SUV pintar yang tahan lasak, fleksibel dan pintar yang mampu memenuhi keperluan para pengguna di Asia Pasifik. Hasilnya, sebuah kenderaan global yang akan mengubah ekspektasi para pesaingnya dan pelangggan, selain membantu Ford memacu pertumbuhan globalnya. 

SUV baharu itu akan dibina berdasarkan kepada kepakaran dan warisan Ford dalam segmen ini. Selaku jenama kenderaan utiliti kedua terbesar di dunia, jualan kenderaan Ford mengatasi prestasi industri global pada tahun 2103, menerusi peningkatan sebanyak 35 peratus kepada lebih 1.2 juta kenderaan. 

Kajian menunjukkan bahawa para pelanggan di Asia Pasifik mahukan SUV yang tahan lasak dan berkuasa ketika mengharung laluan off-road. Pada masa yang sama memiliki fleksibiliti, ciri, keselesaan dan dinamik di atas jalan yang diperlukan semasa pemanduan seharian. Mereka juga inginkan rekaan yang berani, ruang dalaman pintar serta luas untuk ahli keluaga dan rakan-rakan. Sebagai tambahan kepada keselesaan premium tahap tertinggi buat semua penumpang, pelanggan juga mahukan kenderaan yang aerodinamik dan cekap penggunaan bahan apinya. 

“Apabila kami melihat ke pasaran, kami nampak peluang untuk menawarkan satu kumpulan pelanggan baharu dengan sebuah SUV yang rugged dan halus buatannya untuk kegunaan di atas jalan biasa dan off-road,” kata Pengarah Kejuruteraan Ford Asia Pasifik, Jim Holland. 

“Kami menyahut cabaran itu dengan menggunakan sepenuhnya kepakaran One Ford global.  Kami telah menghasilkan sebuah kenderaan yang akan mendefinisikan semula ekspektasi-ekspektasi dalam segmennya. Ia dibina di atas keupayaan kami sebagai peneraju segmen ini dan mengukuhkan rangkaian model SUV global kami. Kami menjangkakan bahawa ia bakal memainkan peranan penting dalam strategi pertumbuhan Ford. Ini kerana kami akan terus melancarkan kenderaan utiliti bersaiz kecil, sederhana dan besar di seluruh dunia.” 

Mendengar maklum balas pelanggan 

Perjalanan bermula apabila Ford ingin mengetahui sebanyak mungkin mengenai pelanggan ini. Keperluan dan aspirasi mereka, selain penetapan matlamat dan parameter kejuruteraan untuk kenderaan tersebut. Ini merupakan langkah pertama dalam proses pembangunan yang dilakukan ke atas kenderaan dan telah dikaji secara amat komprehensif serta pernah dicipta oleh Ford di rantau Asia Pasifik. 

“Sejak dari awal lagi, para pelanggan memberitahu kami apa yang mereka mahu lihat pada kenderaan baharu ini. Kemudian, kami menggunakan maklum balas pelanggan ini pada setiap peringkat proses pembangunannya bagi memastikan kami memenuhi keperluan mereka,” kata ketua jurutera program, Ford Asia Pasifik, Ian Foston. “Di rantau yang memiliki begitu banyak kepelbagaian, setiap pasaran berbeza akan mempunyai keperluan-keperluan dan ekspektasi yang sangat spesifik. Jadi, amat penting bagi kami untuk memahami mereka.” 

Pasaran China dilihat semakin penting. Potensi pelanggan di republik itu dalam segmen SUV bersaiz sederhana mewakili lebih daripada 50 peratus saiz sampel maklum balas Ford ke atas SUV baharu tersebut. Namun, memandangkan potensi kenderaan itu di peringkat global dan jangkauan sistem pembangunan produk global Ford, para pereka dan jurutera turut mendapatkan input dari seluruh dunia. 

Menghidupkan inspirasi 

Selepas kajian awal disempurnakan, para pereka mula melakar visi mereka bagaimana rupa bentuk SUV global yang baru, sama ada pada bahagian luaran mahupun dalamannya. Untuk menghasilkan sebuah kenderaan baharu, para pereka Ford bukan sekadar melihat industri automotif, malah turut meneliti bidang-bidang lain seperti seni bina, imej-imej gaya hidup dan produk pengguna untuk mendapatkan inspirasi. 

Untuk kenderaan ini, pasukan reka bentuk yang berpangkalan di Pusat Reka Bentuk Ford Asia Pasifik di Melbourne, telah menetapkan matlamat mereka untuk menghasikan kenderaan yang seimbang dari segi ketahanan, kemampuan dan kelasakan dengan sofistikasi bertahap tinggi serta kehalusan buatannya. Ford Everest Concept yang dipamerkan di acara pameran auto di Bangkok dan Beijing menawarkan indikasi jelas mengenai reka bentuk akhir mereka. 
“Kami mahu satu reka bentuk yang memiliki kemampuan off-road. Pada masa yang sama melangkaui isyarat reka bentuk tradisional,” kata pengurus reka bentuk luaran SUV, Ford Australia, David Dewitt. “Maksud kami ialah anda boleh memiliki kenderaan berkeupayaan tinggi, sofistikated dan moden. Adalah penting bagi kami untuk membina kenderaan yang berdasarkan kepada DNA, kepakaran dan terus dikenali sebagai jentera Ford.”  

Mengambil kira dan merangkum maklum balas pelanggan, pasukan reka bentuk mula mengubah lakaran dua dimensi menjadi model-model tiga dimensi menggunakan tanah liat industri. Satu medium ideal untuk menghasilkan model kerana kandungan lilinnya – yang membuatkannya lembut dan mudah dibentuk apabila dipanaskan – tanah liat industri digunakan untuk merealisasikan rekaan dalaman dan luaran kenderaan. Walaupun dilihat secara dekat, model tanah liat yang telah disiapkan mungkin sukar dibezakan dengan sebuah kenderaan produksi. 

Penyelesaian masalah secara maya 

Ketika para pereka menyempurnakan lakaran dan model mereka, pasukan jurutera pembangunan produk pula bekerja dalam tempoh yang panjang demi memastikan kejuruteraan kenderaan selari dengan keperluan sebuah SUV off-road yang lasak dan halus binaannya. 

Dengan bantuan kejuruteraan yang dibantu oleh komputer atau CAE, Ford boleh menambah baik aspek reka bentuk, keselamatan dan pelbagai aspek antara muka manusia-mesin sebelum kenderaan dihasilkan secara fizikal. Kejuruteraan maya ini membantu Ford mengurangkan masa untuk membangunkan sesebuah kenderaa. Dengan melakukan simulasi komponen dan interaksi sistem secara teliti, ia boleh membantu mengelakkan perubahan yang menelan kos tinggi pada peringkat pembangunan seterusnya. 

“Pada dekad lalu, CAE telah berkembang dengan pantas sebagai sebahagian daripada proses kejuruteraan kenderaan,” kata Foston. “Sebelum ini, kami terpaksa membina ratusan prototaip yang menjadi perkara biasa dalam kejuruteraan kenderaan. Kini, kami boleh mengoptimumkan sistem dan komponen-komponen secara maya. Apabila kami sampai ke peringkat  menghasilkan prototaip, kami sebenarnya sudah hampir menyiapkan produk akhir.”  

CAE juga boleh membantu mengatasi cabaran ketika mereka bentuk sebuah kenderaan yang besar. Menerusi  analisis aliran udara maya yang ekstensif, pasukan aerodinamik Ford bekerja keras untuk menjadikan SUV tersebut memiliki salah satu daripada pekali seretan yang paling rendah dalam kelasnya. 

Bagi memaksimumkan aspek keselamatan, pasukan CAE secara berhati-hati menghasilkan kerangka penumpang yang kukuh dan menjalankan beribu-ribu simulasi pelanggaran secara maya. Simulasi-simulasi ini dijalankan dengan begitu terperinci sehinggakan satu ujian pelanggaran memerlukan sebuah komputer rumah mengambil masa selama 12 bulan untuk memprosesnya. Tetapi, terima kasih kepada pelantar superkomputer terbesar di dunia, Ford mampu memproses setiap simulasi itu dalam tempoh dua hingga empat jam. 

Syarikat juga menggunakan studio reka bentuk makmal Penyelaman Persekitaan Maya Ford  – Ford immersive Virtual Environement (FiVE) di Melbourne secara ekstensif. FiVE ialah sebuah kemudahan visualisasi termaju yang baru-baru ini telah ditambah dan dinaik taraf untuk membolehkan para pereka dan jurutera lebih banyak ruang berjalan di sekeliling model-model kenderaan maya seperti SUV ini. 

Menggunakan teknologi tercanggih, pasukan di Australia mampu melakukan rebiu secara maya ke atas keseluruhan kenderaan dalam masa sebenar dengan rakan sekerja mereka di Amerika Syarikat, China dan Jerman. Ini bagi memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai bagaimana reka bentuknya direalisasikan dalam kehidupan sebenar. Dengan melihat sebuah kenderaan maya yang tidak bergerak seperti seorang pelanggan – ketika mereka masuk, keluar dan duduk di dalamnya – para jurutera dan pereka mampu mengenal pasti dan mengetahui rekaan yang tidak konsisten, sekali gus dapat menghasilkan persekitaran kabin kenderaan yang lebih harmoni. 

Masuk ke dunia sebenar 

Walaupun simulasi komputer yang digunakan begitu canggih, ia tidak sempurna tanpa ujian yang dilakukan di dunia sebenar. Ketika masih banyak perincian rekaan dilaksanakan, para jruutera membina sebuah kenderaan pra-produksi di atas platform pintar, kukuh dan berkeupayaan tinggi yang akan menyokong kenderaan akhir kelak. 

Dengan badannya dipateri menggunakan kenderaan lain sedia ada, makhluk Frankenstein ini mungkin kelihatan pelik, tetapi ia memainkan peranan yang cukup  penting. Ia menyediakan para jurutera peluang pertama untuk memasang sistem-sistem kenderaan pada kelajuan dalam jarak situasi dan persekitaran dunia sebenar. Prototaip itu juga akan mula mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu yang mungkin tidak muncul ketika proses simulasi.  

Bagi sebuah SUV global baharu yang direka supaya tampil rugged di laluan off-road dan lancar di atas jalan biasa, fasa dalam proses pembangunan ini memerlukan prototaip diuji secara ekstrem.  

Para jurutera menjalankan ujian altitud tinggi di kawasan pergunungan New Zealand, merentasi Death Valley di California dan Gurun Simpson di Australia, membuat aksi drift di tasik-tasik yang dilapisi ais di Sweden, mengunjungi kawasan pergunungan terpencil di China serta berdepan dengan kondisi musim sejuk paling ekstrem di dunia di utara Kanada. Perjalanan-perjalanan ini kemudian diuji melalui ujian-ujian ketahanan berasaskan kepada makmal yang memadatkan penggunaan kenderaan secara ekstrem selama bertahun-tahun menjadi beberapa hari sahaja. 

Sepanjang tempoh ini, pasukan reka bentuk dan kejuruteraan terus memperhalusi kerja-kerja mereka demi memberi maklum balas terhadap keperluan pelanggan. Prototaip-prototaip binaan tangan yang hampir dengan  kenderaan produksi akhir dari segi reka bentuk dan seni binanya ini membantu untuk mendapatkan talaan terbaik komponen seperti rangkaian kuasa serta karekteristik sistem suspensi. 

Dalam tempoh ujian dunia sebenar dan program pembangunan, Ford telah menghasilkan 200 buah prototaip yang apabila digabungkan telah mengharung ujian sejauh lebih satu juta kilometer di atas jalan awam dan kemudahan-kemudahan ujian global Ford. 

“Menghabiskan masa di lokasi-lokasi berlainan di seluruh dunia adalah amat penting untuk memahami kondisi dan tabiat pemanduan yang berbeza,” kata Foston. “Sebagai contoh, kami mendapati para pemandu di China melepaskan klac lebih pantas dan gemar menukar gear dengan lebih cepat berbanding pemandu di Australia. Di pasaran lain, kami dapati adalah penting untuk memasang hon yang lebih tahan lama.” 

Pada penghujung proses pembangunan, ujian dunia sebenar telah membantu SUV membawakan global baharu ini satu kitaran penuh sebelum ia diproduksi dan dihantar kepada pelanggan. 

“Kami mulakan dengan pelanggan dan sentiasa memikirkan tentang mereka,” kata Foston. “Selepas lima tahun dan seramai 4,500 orang terlibat dengannya, kami kini mempunyai sebuah kenderaan yang mampu menepati dan melangkaui ekspektasi pelanggan. Ia amat mengujakan.” 



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger