Proton Iriz - Harga Dan Spesifikasi


Menanti hari esok pelancaran Proton Compact Car ( PCC ), Proton Iriz dengan tagline BETUL2 ONz, semakin ramai yang teruja dan tidak sabar untuk melihat sendiri Iriz ini. Minggu lepas kita telah lihat sebuah compact car A segment dari Perodua, minggu ini pula kita akan lihat compact car B segment dari Proton dengan tawaran sebanyak lapan varian.

Seminggu sebelum pelancaran Iriz, Pengerusi Proton Tun Mahathir telah buat kejutan dengan memandu sendiri Iriz untuk bersarapan pagi di The Loaf, Pavilion. Walaupun ketika itu hujan lebat, orang ramai tidak lepaskan peluang untuk melihat Iriz ini. Semestinya pembeli akan buat perbandingan, jika dalam segmen yang sama, Iriz bakal bersaing dengan Perodua Myvi.

Kereta ini dikatakan bakal menjadi killer bagi MyVi yang merupakan kereta keluaran syarikat Malaysia yang terlaris setakat ini. Harus diingatkan juga bahawa MyVi merupakan rebadge dari Toyota Passo keluaran Jepun.

Dari segi kelengkapan keselamatan, Iriz walaupun bermula varian basic iaitu 1.3L Standard MT ia tetap dilengkapi dengan (Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brakeforce Distribution (EBD), Brake Assist, Electronic Stability Control, Hill-Hold Assist dan Traction Control System (TCS) dan minimum 2 air bag. VDC Proton merangkumi ABS, EBD, TCS, ESH, HBA dan HHA. Iriz turut diiktiraf mencapai taraf 5 bintang dari segi keselamatan oleh ASEAN NCAP.

Dari segi saiz, Iriz adalah lebih besar dan luas berbanding MyVi. Iriz berukuran 3,905mm panjang, 1,720mm lebar dan 1,550mm tinggi dimana ia 215mm lebih panjang, 55mm lebih lebar dan 5mm lebih tinggi dari Myvi. Perbandingan saiz interior pula, ruang belakang bagi Iriz adalah lebih lebar dan luas yang memberikan keselesaan kepada penumpang. 

PROTON juga memperkenalkan sokongan peha kepada tempat duduk belakang Iriz dengan asas yang lebih panjang berbanding Myvi. Bahagian ruang depan Iriz agak sempit berbanding Myvi kerana Myvi meletakkan Console Gear pada bahagian tengah yang memberikan ruang pada bahagian bawah. Namun, interior Iriz adalah lebih elegan dan moden daripada MyVi. Dari segi luas ruang barangan pula, Iriz mempunyai ruangan yang lebih luas iaitu 215 liter berbanding Myvi 208 liter. 

Dari segi enjin, Iriz dengan enjin VVT menjana 110 kuasa kuda (hp) dan daya kilas (torque) sebanyak 148 Nm selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 kilometer sejam manakala Enjin MyVi pula mempunyai 102 hp maksimum dengan torque maksimum sebanyak 136Nm. 

Perbandingan dari segi Fuel Consumption (FC) pula, model manual Iriz boleh mencecah FC sebanyak 16km/liter dan bagi model Iriz auto pula sebanyak 13-14km/liter. Manakala model manual MyVi mempunyai FC sebanyak 17km/liter dan model auto MyVi pula mempunyai FC 13km/liter.

Iriz turut dilengkapi kotak gear transmisi Manual 5 kelajuan MT+ atau Automatik CTV2+ , Smart Alternator – Sistem pengecasan Alternator pintar berupaya mengawal output alternator untuk memastikan bateri sedang dicas dengan cekap dan hanya apabila diperlukan, mengurangkan emisi dan meningkatkan prestasi.

Beberapa ciri lain Iriz, Skrin sesentuh yang kemas dan mudah, sambungan Bluetooth dan USB, WiFi hotspot, Navigasi satelit tanpa internet, Kamera undur dengan kotak panduan, Interior serba hitam yang kelihatan eksklusif, butang start/stop enjin, Vehicle Dynamic Control, Enam airbags (dua di hadapan, sisi , “langsir”).

Dari segi harga pula, model Iriz basic bernilai sekitar RM43,000 manakala MyVi basic model pula bernilai RM42,000. Perbezaan dari segi harga tidak begitu ketara bagi kedua-dua kereta ini. Dikhabarkan harga sebenar Proton Iriz dijangka akan berkurang antara RM2000 hingga RM3000, dan ini memungkinkan harga varian terendah adalah sekitar RM40000. Dari segi value for money pula, Iriz adalah pilihan yang lebih baik kerana spesifikasi yang ditawarkan sangat memuaskan.

*Cakap banyak tak guna, jom tengok gambar-gambar yang telah saya perolehi di bawah ini


KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
























sumber gambar : funtasticko / paultan / _hafizazman / FB Azelery
Share this article :

+ comments + 5 comments

Tanpa Nama
24 September 2014 1:00 PTG

kaler biru tu varian mana satu?

Tanpa Nama
24 September 2014 1:47 PTG

kaler biru untuk varian standard.

Tanpa Nama
24 September 2014 3:57 PTG

baru ada class!!!

Tanpa Nama
24 September 2014 4:00 PTG

nak try test iriz 1.6 esok.

Tanpa Nama
25 September 2014 8:25 PG

sejam dua je lagi nak tengok.. hooray!!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger