Proton Iriz Dilancarkan! RM42,438 - RM62,888 , 5 Tahun Jaminan , 3 Tahun Servis Percuma


Akhirnya Proton Iriz dilancarkan! Ia telah dilancarkan oleh Pengerusi Proton, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Tanjung Malim, Iriz bakal mengubah persepsi rakyat Malaysia untuk memilih kereta yang lebih selamat pada harga sangat kompetitif. Saya telah menjenguk sendiri ke Pusat Pameran Proton dan melihat depan mata. Sangat teruja dengan rekaan yang sungguh bergaya, penampilan kualiti yang tidak mengecewakan. Jom kita terus membaca info di bawah ini.

Dibangunkan menggunakan platform dan enjin serba baru, Iriz dijangka mampu memberikan cabaran getir buat pesaing dalam segmennya seperti Perodua Myvi, Ford Fiesta, Honda Jazz, Suzuki Swift, Volkswagen Polo dan lain-lain. Iriz ditawarkan dengan dua pilihan enjin, 1.3 liter dan 1.6 liter VVT yang dipadankan dengan transmisi Manual atau CVT. Tiga varian boleh dipilih bermula dari Standard (untuk 1.3 liter sahaja), Executive (1.3 liter dan 1.6 liter) dan Premium (untuk 1.6 liter sahaja).

Dari segi rekabentuk, Iriz cukup menawan dan tidak keterlaluan jika mengatakan inilah rekaan terbaik yang pernah dihasilkan untuk model Proton. Rekaan hadapannya cukup bergaya dan garang terutama di bahagian lampu utama yang bersambung dengan sayap Proton dan jeriji hadapan membentuk “single graphic face”. Rim aloi 15″ berbentuk bunga raya diberikan untuk model 1.6 liter dan rim aloi 14″ untuk varian 1.3 liter. Lampu LED nyalaan siang hanya untuk varian Premium manakala lampu posisi dibahagian bawah lampu hadapan diberikan untuk varian Standard dan Executive.

Ruang kabinnya juga begitu luas dengan ruang kepala, bahu, kaki yang agak selesa.  Untuk varian Standard dan Executive kemasan tempat duduknya menggunakan fabrik manakala untuk varian Premium akan mendapat kemasan kulit sepenuhnya. Susun atur papan pemukanya walaupun agak ringkas tetapi nampak moden dan ranggi. Nampaknya Proton kali ini begitu menitikberatkan penggunaan bahan, tekstur dan warna hingga membuatkan ruang dalaman Iriz lebih mewah berbanding model Proton yang lain.

Tempat duduk bahagian belakang boleh dilipat 60:40 untuk memberikan ruang lebih untuk bagasi kerana ruang sedia ada hanya berkapasiti 215 liter, agak terhad jika dibandingkan dengan pesaingnya. Kali ini Proton memberikan tujuh pemegang cawan dan 2 tempat mengecas dengan 2 port USB. Varian 1.6 liter dilengkapi skrin sesentuh 6.2 inci yang dilengkapi sistem navigasi dan kamera undur manakala varian 1.3 liter akan mendapat unit pemain audio biasa.

Iriz adalah model yang pertama menggunakan enjin VVT serba baru yang memberikan prestasi terbaik dan penjimatan petrol. Enjin VVT ini ialah pembangunan selanjutnya dari enjin IAFM+ dan CFE sedia ada. Perbezaan utama ialah aplikasi teknologi pengurangan geseran seperti piston ring tegangan rendah, hard anodised piston dan tappet mekanikal, pancarongga ekzos bersepadu dengan pemangkin (maniverter), alternator pintar dan sistem VVT dengan sistem pengurusan enjin elektronik baharu. Iriz turut dilengkapi stering kuasa elektronik yang sensitif kelajuan dan mampu menjimatkan petrol.

Dari segi keselamatan Iriz boleh dikatakan antara yang terbaik dalam kelasnya dan ini terbukti dengan penarafan 5-bintang ASEAN NCAP yang baru sahaja diumumkan semalam. Kesemua varian akan dilengkapi ciri keselamatan tertinggi yang dikenali sebagai Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) yang merangkumi ABS dengan EBD, Bantuan Brek, Sistem Kawalan Cengkaman, ESC dan Hill Hold Assist selain ISOFIX dengan top tether. Hanya jumlah beg udara yang membezakan, dua untuk varian Standard dan Executive manakala enam untuk varian Premium. Kerangka Iriz juga amat kukuh dengan penggunaan Ultra High Strength Steel dan Hot Press Forming.

Ciri-ciri lain yang menarik pada Iriz adalah penggunaan Keyless Entry dan butang penghidup enjin untuk varian Premium. Terdapat tujuh pilihan warna menarik boleh dipilih seperti Genetic Silver, Fire Red, Solid White, Tranquility Black, Atlantic Blue dan pengenalan dua warna baharu Citrus Green dan Silver Moon Dust. 

Harga yang ditawarkan bermula dari varian Standard (untuk 1.3 liter sahaja), Executive (1.3 liter dan 1.6 liter) dan Premium (untuk 1.6 liter sahaja). Harga yang ditawarkan juga cukup menarik, bermula dari RM42,438 untuk varian 1.3 Standard (Manual) hingga RM62,888 untuk varian 1.6 Premium (CVT). Untuk varian Standard dan Premium harga adalah sama dengan harga tentatif, tetapi untuk varian 1.3 dan 1.6 Executive terdapat penurunan antara RM1,000 hingga RM2,000. Lima tahun jaminan atau 150,000 km (yang mana terdahulu) dan tiga tahun servis percuma (atau 100,000 km) diberikan untuk pembelian Proton Iriz.

Ringkasan setiap varian :

Proton Iriz 1.3 Standard

– 1.3 litre VVT engine, 94 hp/120 Nm
– ABS, EBD, Brake Assist
– Electronic Stability Control, Hill Hold Assist
– Isofix mounts on rear seats
– Seat belt reminder for all seats
– Dual front airbags
– Reverse sensors
– 14-inch alloy wheels
– Silver “Proton Wings” grille
– Fabric seats
– Three-point rear seatbelts, 60:40 split-folding
– 2-DIN audio system with Bluetooth, AUX, USB
– Unpainted exhaust

Proton Iriz 1.3 Executive

– Bodykit (body colour)
– Rear spoiler (small, rounder design)
– Body coloured door handles, wing mirror caps
– Rear wiper
– Black painted exhaust
– Ash Grey centre console frame, Galvano Silver gear lever base
– USB chargers (1.5 Amp, 2.1 Amp)

Proton Iriz 1.6 Executive

– 1.6 litre VVT engine, 107 hp/150 Nm
– Android-based touch screen infotainment system with GPS navigation
– Reverse camera
– 15-inch alloy wheels
– Dual-tone bodykit
– Rear spoiler (bigger, square design)
– Front fog lamps
– Black B-pillar and window frames
– Fabric trim for door cards
– Patterned fabric seats
– Steering audio controls
– Piano black trim on steering
– Chrome grille
– Portable WiFi huddle

Proton Iriz 1.6 Premium

– Six airbags (dual front, side, curtain)
– Leather seats
– Leather on door cards
– Leather-wrapped steering wheel
– Extendable sunshades
– Chrome trim on AC vents, Ash Grey instrument cluster housing
– Keyless entry and push start
– Auto-fold wing mirrors
– Daytime Running Lights

*saya dah tengok dan merasai sendiri Iriz ini. Anda bila lagi? :-)

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ











 





[Live from Proton Showroom]














Share this article :

+ comments + 8 comments

Tanpa Nama
25 September 2014 3:39 PTG

terbaik!!!

Tanpa Nama
25 September 2014 3:59 PTG

dashboard nampak elegen. ciri mewah pada kereta kecil.

Tanpa Nama
25 September 2014 4:41 PTG

syabas proton..

Tanpa Nama
25 September 2014 7:08 PTG

syabas team proton...kasi beat yg lain

Tanpa Nama
26 September 2014 8:23 PG

saya dah tengok, rasa bangga sebab proton boleh keluar kereta mcm ni. jauh perubahan proton buat. material lebih kemas, lebih kualiti. saya tak sempat test drive sebab ramai sangat dah booking test drive. hope enjin vvt pun mantap seperti rekaan bentuk iriz.

Tanpa Nama
26 September 2014 11:51 PG

yang pastinya myvi dah jauh terkebelakang. iriz lebih hebat sekarang ni. kelebihan pada iriz dari segi teknologi, safety dan design. good job proton!

Tanpa Nama
21 Disember 2014 1:16 PTG

Kemasan kulit dah berkedut. Baru pakai seminggu...

25 Februari 2016 8:06 PG

Pernah dengar syarikat London Pinjaman dan peminjaman yang popular? Ini adalah sebuah syarikat pinjaman yang bekerja pada yang menakjubkan kadar faedah 2.5% ke atas pinjaman. Kami memberi pinjaman daripada 10,000 kepada 300000000. Kami mempunyai tempoh pinjaman maksimum yang selesa 50 tahun dan kami beroperasi pelan terbuka mengira ke atas pinjaman. Kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, dan lain-lain
Kami masih dikenali di seluruh dunia untuk maklum balas yang cepat dan penghantaran cepat. Oleh kerana kita ditubuhkan pada tahun 2000, kami kini beroperasi di lebih 4 benua di dunia, maka di mana sahaja anda berada, kami akan membawa anda pinjaman dengan mudah. Anda perlu pinjaman? adalah
anda menganggur dan memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk keadaan kesihatan kecemasan? Apa jua keperluan untuk wang, kita akan memegang tangan dengan anda untuk membuat dan mengambil beban yang lebih ringan.

Hubungi kami sekarang melalui londonloansandlendingcompany@gmail.com

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger