Projek Sukarelawan Ford Diperluaskan ke Malaysia dengan Kakitangan Melangkah Lebih Jauh dalam Program Global Week of Caring Ford


Bulan ini, kakitangan-kakitangan Ford dan pengedarnya di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC), serta rakan-rakan perniagaan akan mengedarkan kotak-kotak makanan yang mengandungi keperluan harian kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di Lembah Klang. Mereka juga akan mengagihkan makanan berkhasiat secara percuma kepada golongan gelandangan dengan kerjasama Grace Community Service.

“Melihat kakitangan kami melakukan perubahan dalam komuniti mereka di Malaysia dan di seluruh rantau ini memang cukup mengujakan,” kata Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman.  

Ford dan SDAC akan membeli, membungkus dan mengedarkan kira-kira 200 kotak makanan yang mengandungi barang keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, mee dan makanan dalam tin untuk keluarga-keluarga yang memerlukan di sekitar Lembah Klang. Program outreach ini akan menyaksikan pasukan-pasukan Ford dan SDAC memberi sumbangan kepada komuniti apabila mereka mengagihkan kotak makanan dan melawat keluarga terbabit. 

Bukan itu sahaja, pasukan-pasukan Ford dan SDAC juga akan menderman dan menjadi sukarelawan untuk mengagihkan makanan panas yang berkhasiat dengan kerjasama Grace Community Service. Sukarelawan-sukarelawan ini akan membantuk membungkus dan mengedarkan makanan yang dimasak segar kepada golongan gelandangan dan memerlukan bantuan di sepanjang Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Sempena program Global Week of Caring Ford, semua 48 pengedar Ford di seluruh negara akan menjalankan kerja kebajikan masing-masing dengan mengumpul pelbagai keperluan seperti makanan dan pakaian untuk didermakan kepada sebuah rumah kebajikan di komuniti mereka. 

Insiatif ini merupakan antara 310 projek khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan sepanjang program tahunan Global Week of Caring Ford Motor Company. Lebih 13,000 orang sukarelawan daripada operasi-operasi Ford di enam benua - Afrika, Asia, Australia, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan – akan menyumbang kepakaran dan tenaga mereka selama 81,000 jam untuk menambah baik komuniti masing-masing. 

“Global Week of Caring adalah salah satu daripada pelbagai cara Ford dan kakitangannya melangkah lebih jauh untuk menambah baik kualiti hidup komuniti di mana kami tinggal serta bekerja,” kata Presiden Dana dan Khidmat Masyarakat Ford Motor Company, Jim Vella. “Kakitangan Ford meneruskan warisan syarikat yang sentiasa mengambil berat dan pentingnya menyumbang semula kepada masyarakat. Memandangkan Ford terus berkembang di peringkat global, komitmen untuk menghasilkan dunia yang lebih baik pun berkembang sama.”

Sebagai tambahan kepada beribu-ribu kakitangan secara sukarela yang mengambil bahagian dalam Global Week of Caring Ford, syarikat turut menyumbang sebanyak $348,000 kepada agensi-agensi tidak berasaskan keuntungan bagi membeli peralatan, bekalan dan material yang diperlukan untuk menyempurnakan banyak projek khidmat masyarakat ini. 

Di Asia Pasifik, seramai 5,300 sukarelawan Ford akan mengambil bahagian dalam lebih 80 projek di China, India, Taiwan, Australia, New Zealand, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina dan Malaysia, serta tujuh pasaran membangun yang lain. Projek di seluruh rantau pada tahun ini termasuklah: 

  • Kemboja: Membina sebuah kemudahan pendidikan di sebuah sekolah rendah di satu kawasan pedalaman  
  • Singapura: Menjadi sukarelawan di sebuah hospital komuniti dan bekerja dengan  warga emas di sana 
  • Laos: Menjadi sukarelawan di sebuah hospital tempatan
  • Guam: Membersihkan perhentian-perhentian bas sekolah, menjadi sukarelawan di rumah orang-orang tua, mengumpul dana untuk pasukan Boy Scouts of Guam
  • Vanuatu: Membersihkan jalan dan pantai, serta menyumbang sebuah tangki air kepada komuniti setempat 
  • Tahiti: Projek membersih dan menceriakan sebuah rumah anak yatim
  • New Caledonia: Membantu kanak-kanak yang mengalami masalah ketidakupayaan intelektual dengan menawarkan material pendidikan dan permainan 
  • Thailand: Menjalankan program kitar semula dan memasang peralatan pembelajaran di sebuah sekolah 
  • China: Membersihkan pantai dan sungai  


Ketika Pasukan Sukarelawan Ford aktif sepanjang tahun, Global Week of Caring Ford menjadi elemen penting dalam menggalakkan rasa kesukarelawan dalam kalangan pekerja, pesara dan pengedar Ford sepanjang tahun untuk memberikan perbezaan kepada kejiranan serta komuniti di mana syarikat menjalankan perniagaan. 

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger