Perodua Axia Dilancarkan Secara Rasmi, Harga RM24,600 Hingga RM42,530


Perodua Axia telah pun dilancarkan secara rasmi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dengan enjin aluminium 3 silinder 1.0 liter, harga sebenar Axia lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan sebelum pelancaran iaitu bermula RM24,600 hingga RM42,530. 

Axia didatangkan dengan empat model iaitu Standard E, Standard G, Edisi Khas dan Advance dipacu oleh enjin 1.0 liter mampu memberikan penjimatan petrol sehingga 21.6 kilometer (km) bagi setiap liter.

Sejak tempahan mula dibuka pada 15 Ogos lepas, Perodua Axia telah mendapat sejumlah 13,5000 tempahan. Kenderaan ini dikeluarkan di kilang cekap tenaga baharu pengeluar kereta kedua negara ini iaitu Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. di Rawang dekat sini dengan sokongan syarikat pengeluar kereta Jepun, Daihatsu Motor Company.

Kini anda boleh lihat sendiri Axia secara dekat di bilik Pameran Perodua berdekatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kenderaan cekap tenaga EEV pertama negara ini. Sedikit review untuk anda mengenai varian Axia :

Perodua Axia 1.0 E, hanya terdapat dalam pilihan gear manual lima kelajuan, tanpa dilengkapi sistem multimedia (tiada radio), rim besi biasa dengan penutup namun bumper, pembuka pintu tetap ikut warna badan.

Kelengkapan :

14-inch steel wheels
LED rear combination lamps
Body coloured bumpers
Painted door handles
Vanity mirror for driver
Fabric seats
Power windows
ECO Drive indicator (fuel efficiency coach)
Power steering
Dual airbags (di hadapan)
Immobiliser

Harga :

1.0 E Manual – RM24,600 (solid)
1.0 E Manual – RM25,000 (metallic)







Perodua Axia 1.0 G, varian yang mula ditawarkan gear automatik empat kelajuan dan manual lima kelajuan. Mempunyai reverse sensor, remote control key & alarm serta mempunyai rim sukan aloi.

Kelengkapan :

14-inch alloy wheels
Remote control entry and alarm
Reverse sensors
Electronically-controlled side mirrors (retractable)
Rear wiper and defogger
CD player with four speakers
Driver’s side seat height adjuster
Anti-snatch hook (for handbags) in between the front seats
Seat hook on the back of the front passenger seat
Package tray
Tissue compartment for the rear seats
Coin box / multipurpose container
Isofix mounts for child seat
Seat belt warning buzzer

Harga :

1.0 G Manual – RM29,800 (solid)
1.0 G Manual – RM30,200 (metallic)
1.0 G Automatic – RM32,800 (solid)
1.0 G Automatic – RM33,200 (metallic)



Perodua Axia 1.0 SE mempunyai rekaan luar lebih sporty dan berbeza berbanding varian E dan G. Disamping itu, beberapa kelebihan lain turut terdapat dalam varian ini terutama bahagian interior.

Kelengkapan:

Projector headlamps
SE bodykit with aero bumpers, side skirting and rear spoiler
Fog lamps
Front parking sensors
Chrome front grille
Audio head unit with CD, MP3 and Bluetooth support
Painted door armrest
Fabric door trim
Semi-bucket seats
Silver and chrome interior finish
Separated rear headrest
Shift lever knob with ‘ornament’
Handbrake lever with ‘ornament’
ABS, EBD and brake assist
Security tint film

Harga :

1.0 SE Manual – RM36,800 (solid)
1.0 SE Manual – RM37,200 (metallic)
1.0 SE Automatic – RM39,800 (solid)
1.0 SE Automatic – RM40,200 (metallic)





Perodua Axia 1.0 Advance, merupakan varian paling atas, hanya ditawarkan dengan gear automatik empat kelajuan. Luaran sama seperti varian SE namun bahagian dalam mempunyai kemasan yang lebih baik dan menarik.

Kelengkapan :

Touchscreen multimedia audio system with DVD, Bluetooth and GPS
Leather seats
Leather-wrapped steering wheel with audio controls

Harga :

1.0 Advance Automatic – RM42,130 (solid)
1.0 Advance Automatic – RM42,530 (metallic)






GALERI : KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


 
 










Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger