Mitsubishi Malaysia Panggil 2000 Kenderaan


Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, telah mengumumkan penarikan balik untuk 2,083 kenderaan Mitsubishi yang dijual di Malaysia.

Kempen ‘Field Fix Campaign’ ini meliputi model Airtrek, Colt, Lancer, Lancer Evolution, Grandis dan Outlander yang dihasilkan sebelum 14 Mac 2008. Inisiatif ini adalah perlu untuk menjalankan pemeriksaan ke atas suis lampu dan bagi menggantikan bahagian yang terjejas jika perlu.

Oleh kerana struktur papan litar bercetak pada suis lampu, keretakan boleh berlaku dan menyebabkan lampu isyarat dan lampu hadapan rosak dari masa ke masa. Lampu terjejas mungkin boleh berkelip, tidak hidup sama sekali atau terus menyala.

MMM akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada pemilik Mitsubishi terjejas dan kos penuh pemeriksaan dan pembaikan (jika perlu) akan ditanggung oleh Mitsubishi Motors Malaysia sendiri.

MMM juga meminta para pelanggan untuk membuat temu janji di mana-mana pusat servis Mitsubishi Motors untuk pemeriksaan dan / atau penggantian seperti yang dinyatakan di atas. Proses pemeriksaan dan pembaikan akan mengambil masa lebih kurang satu jam.

Untuk senarai pusat perkhidmatan dan maklumat lanjut, sila layari: www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi talian Khidmat Pelanggan 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi-5 petang) untuk bantuan segera.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger