Mazda MX-5 Seba Baharu Didedahkan


Mazda MX-5 Miata serba baharu telah pun didedahkan di Montreal. Pendedahan itu juga berlangsungnya Acara menyambut ulang tahun ke 25 model tersebut, yang mana akan dilancarkan pada 2016.

Rekabentuk KODO kebanggaan syarikat automotif dari Jepun itu, digunapakai untuk MX-5 dan model turut dilengkapi dengan teknologi SkyActiv. Dengan pacuan roda belakang, MX-5 baharu ini adalah 105mm lebih pendek, 20mm lebih rendah dan 100mm lebih lebar serta berat 100kg lebih ringan dari model generasi sebelum ini.

Ketika pelancarannya nanti, dua pilihan enjin petrol akan ditawarkan iaitu 1.5-liter atau 2.0 liter. Kedua-dua enjin tersebut akan digabungkan dengan transmisi SkyActiv-MT, manual dengan enam kelajuan. Kedudukan enjinnya diletakkan sedikit kebelakang bagi menghasilkan keseimbangan berat model tersebut 50:50. Pusat gravity model ini turut direndahkan bagi meningkatkan pemanduan dinamik model ini.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


 
 

 

 

 





Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger