Honda XR-V


Honda XR-V telah didedahkan secara rasmi di Pameran Motor Chengdu yang ke-17. SUV kompak ini merupakan model Vezel (Jepun) dan HR-V (Amerika) untuk pasaran di China, dan model ini bakal dihasilkan oleh Dongfeng Honda.

XR-V ini menampilkan beberapa ciri-ciri sedikit berlainan berbanding Vezel dan HR-V, perbezaan dapat dilihat dengan lampu belakang yang lebih slim dan bersambung dengan bamper yang turut menerima sentuhan berbeza. Di bahagian hadapan pula, Honda telah meletakkan bamper baharu dengan set lampu kabus serta lampu indikator.

Dimensi model Honda XR-V ini adalah 4275mm panjang, 1770mm lebar dan 1605mm untuk tingginya. Untuk pasaran China, dua pilihan enjin ditawarkan iaitu 1.5L dan 1.8L, kedua-duanya menggunakan petrol. Masih tiada angka serta maklumat rasmi mengenai kuasa dan transmisi yang bakal ditawarkan, namun dari gambar yang dikongsikan di sini, SUV kompak ini bakal mempunyai pilihan transmisi automatik.


sumber ArenaKereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger