Gambar Rasmi Proton Iriz


Beberapa gambar Proton Iriz telah pun dikelaurkan secara rasmi oleh pihak Proton melalui laman micro betulbetulonz.com.my . Di laman micro tersebut, anda boleh berdaftar untuk pandu uji model terbaru Proton ini.

Berdasarkan gambar-gambar ini beberapa ciri menarik dapat diketahui. Skrin sesentuh yang kemas dan mudah, sambungan Bluetooth dan USB, WiFi hotspot, Navigasi satelit tanpa internet, Kamera undur dengan kotak panduan, Interior serba hitam yang kelihatan eksklusif, butang start/stop enjin, Vehicle Dynamic Control, Enam airbags (dua di hadapan, sisi , “langsir”).

Seperti Proton Suprima S sebelum ini, Proton Iriz juga telah mendapat menarafan 5 bintang dalam ujian Asean NCAP dan ANCAP (Australia). Enjin VVT (Variable Valve Timing) baru Proton ini boleh didapati dalam saiz 1.3L dan juga 1.6L, menggantikan keluarga enjin Campro yang sudah sekian lama. VDC Proton merangkumi ABS, EBD, TCS, ESH, HBA dan HHA.

Kotak gear transmisi Manual 5 kelajuan MT+ atau Automatik CTV2+ , Smart Alternator – Sistem pengecasan Alternator pintar berupaya mengawal output alternator untuk memastikan bateri sedang dicas dengan cekap dan hanya apabila diperlukan, mengurangkan emisi dan meningkatkan prestasi.

Kelihatan kini Proton Iriz nampak jauh lebih baik dari model-model sebelum ini. Berdasarkan komen-komen pengunjung blog ini samada di FB dan blog, majoriti mengatakan Proton Iriz sangat menarik, cuma kita masih menunggu pelancaran Iriz untuk mengetahui keunggulan prestasi Enjin VVT terbaru ini.

*ruang bonet belakang pun tak mengecewakan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ








Update dari funtasticko.net



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger