Ford Mengumumkan Penyertaan Pemuliharaan Dan Alam Sekitar 2014 Di Malaysia Kini Sudah Dibuka


Ford Motor Company hari ini mengumumkan bahawa program Geran Pemuliharaan dan Alam Sekitar 2014 di Malaysia kini sudah dibuka.  

Ford dan rakannya, Sime Darby Auto Connexion menyeru mana-mana individu, komuniti serta kumpulan tidak berasaskan kepada keuntungan yang melaksanakan projek-projek pemuliharaan dan pendidikan mengenai alam sekitar serta kejuruteraan pemuliharaan supaya menghantar kertas kerja projek mereka sebelum 30 September 2014 depan. 

Sebanyak RM150,000 diberikan kepada projek-projek tempatan yang layak dan dilaksanakan untuk melindungi alam sekitar. Program ini jelas membuktikan komitmen berterusan Ford kepada Malaysia dan warganya. 

“Program ini merupakan salah satu cara bagaimana Ford berusaha melangkah lebih jauh  untuk memulihara alam sekitar dan menambah baik kehidupan komuniti di mana kami beroperasi,” kata Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman. “Inisiatif global Ford ini merupakan cara kami untuk memberi manfaat kepada komuniti secara langsung. Projek-perojek terdahulu nyata memberi kesan yang mendalam dan faedah kepada orang ramai.” 

Memohon Program Geran Pemuliharaan dan Alam Sekitar
Penyertaan dibuka mulai 1 September. Semua kertas cadangan mestilah sampai kepada penganjur sebelum tengah malam 30 September 2014, bersama perincian mengenai projek secara spesifik dan pembiayaan yang diperlukan. 

Borang rasmi permohonan geran boleh dimuat turun daripada www.ford.com.my.

Panel juri yang telah dilantik, terdiri daripada pakar-pakar bebas, wakil-wakil Ford dan Sime Darby Auto Connexion akan memilih pememang berdasarkan kepada kriteria berikut:

Kegunaan dan praktikaliti 
Dedikasi 
Keperluan kewangan 
Keaslian 
Potensi projek itu untuk dilaksanakan secara berulang-ulang

Para juri juga menilai permohonan berdasarkan sama ada para peserta mampu menunjukkan tujuan projek mereka dengan jelas dan komitmen untuk memaksimumkan sumber-sumber sedia ada.  

Permohonan geran boleh dihantar melalui salah satu cara di bawah:-
E-mel ke FordGrant.MY@hkstrategies.com 
Faks ke 03.2026.0699; Perhatian kepada: Lavaniah Kumaraysun, Hill+Knowlton Strategies
Mel atau kurier kepada Lavaniah Kumaraysun, Hill+Knowlton Strategies, 7th floor, Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

“Berdasarkan kepada kejayaan program pada sebelum ini, kami tidak sabar untuk menerima banyak permohonan dari seluruh negara,” tambah Westerman. 

Sebelum ini, geran syarikat telah membiayai projek-pojek di Malaysia yang membantu menyebarkan mesej tentang kelestarian; pendidikan mengenai ekosistem, pemuliharaan dan pemeliharaan; pemantauan alam sekitar di kawasan pinggir pantai, aquaponics, pemulihan sungai serta kesedaran terhadap alam sekitar. 

Selama lebih 10 tahun di Asia Pasifik, program geran tersebut telah memberi manfaat kepada beratus-ratus projek melibatkan pemulihan kawasan pinggir pantai, kualiti air, penyelidikan saintifik, kempen media dan pendidikan, pembangunan pertanian yang mapan, perlindungan hidupan liar serta banyak lagi. 

Mengenai Program Geran Pemuliharaan dan Alam Sekitar 
Sejak melancarkan program geran global pada tahun 1983, Ford telah menyumbang sebanyak AS$5 juta dalam bentuk geran untuk projek-projek alam sekitar di lebih 60 buah negara di Asia Pasifik, Asia Barat, Caribbean dan Amerika Tengah. 

Di Asia Pasifik sahaja, Ford telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan inisiatif-inisiatif berkaitan alam sekitar. Program Geran Pemuliharaan dan Alam Sekitar telah menjadi projek berterusan di beberapa pasaran terpilih di rantau Pasaran Membangun Asia Pasifik.  

Ford Motor Company komited dalam memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang dan menyediakan penyelesaian pintar yang menyumbang kepada kelestarian planet ini. Inisiatif seperti program Geran Pemuliharaan dan Alam Sekitar Ford merupakan bukti terhadap komitmen dalam menggalak, menyokong serta memberi ganjaran kepada individu, kumpulan dan organisasi tidak berasaskan keuntungan demi mencapai matlamat yang sama. 

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger