Ford Catat Prestasi Bulan Ogos yang Terbaik Setakat ini di Malaysia, Jualan Melonjak 53 Peratus


Ford hari ini mengumumkan prestasi bulan Ogos yang terbaik setakat ini di Malaysia dengan jumlah jualan runcit keseluruhan melonjak sebanyak 53 peratus kepada 1,124 unit, dipacu oleh permintaan yang terus kukuh ke atas model Ranger dan Fiesta.

“Keputusan bulan Ogos yang memberangsangkan ini menunjukkan bahawa kenderaan global Ford yang mendahului segmennya sudah berjaya menarik minat semakin ramai pelanggan di seluruh negara – dari Kuala Lumpur hingga ke Kota Kinabalu,” kata Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman.  

Ranger kekal menjadi trak pikap nombor dua di Malaysia juga model terlaris Ford dengan jualan runcit pada bulan Ogos melonjak sebanyak 63 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 722 unit. Jualan Ranger pada tahun ini sehingga kini naik 54 peratus kepada 5,257 unit berikutan permintaan kukuh yang berterusan ke atas semua rangkaian modelnya. 


Menawarkan pakej keselamatan yang tiada tandingannya di Malaysia, rangkaian penuh Ranger kini dilengkapi ciri keselamatan aktif dan pasif tambahan. Ini termasuklah sistem Electronic Stability Program (ESP) ISOFIX pada semua variannya. 

“Penampilannya yang rugged dan kemampuan Ranger secara keseluruhannya terus menarik perhatian para pelanggan kerana ia mampu memenuhi keperluan kerja dan dan gaya hidup pengguna di Malaysia,” kata Westerman.

Fiesta baharu yang sporty menyumbang jualan runcit sebanyak 256 unit, sekali gus membantu melonjakkan jualan pada tahun ini sehingga kini lebih 26 peratus kepada 2,381 unit. Permintaan kukuh terhadap Fiesta dipacu oleh enjin 1.0L EcoBoost Ford yang berprestasi tinggi. Enjin 1.0L EcoBoost baru-baru ini dinobatkan sebagai enjin antarabangsa terbaik 2014 (2014 International Engine of the Year) untuk tiga tahun berturut-turut. Fiesta dengan varian enjin global 1.5L TiVCT juga tidak terkecuali mendapat sambutan hangat. 

“Fiesta dilihat terus dapat menarik minat golongan muda dan bergaya di Malaysia. Ia benar-benar sebuah kereta yang cantik, selain dilengkapi pelbagai teknologi yang tiada tandingan dalam segmennya,” kata Westerman.  

SUV Kuga yang penuh gaya serta Focus yang sarat teknologi menyumbang jualan melebihi 1300 unit. Jualan runcit keseluruhan Ford pada tahun ini sehingga kini meningkat sebanyak 32 peratus kepada 9,034 unit, prestasi terbaik setakat ini dalam tempoh 20 tahun.

Ford menjangkakan SUV urban kompak EcoSport serba baharu mampu memberikan lonjakan yang signifikan kepada prestasi jualannya pada bulan September – bulan pertama ia ditawarkan sepenuhnya. 

“EcoSport akan membantu mendefinisikan satu segmen serba baharu dalam pasaran. Dengan setiap kenderaan global Ford baharu yang kami lancarkan, kami terus berjaya menarik minat dan berhubung dengan ramai pelanggan yang baru dengan jenama Ford,” kata Westerman.

“Jumlah pelanggan yang kian bertambah ini menggiatkan lagi komitmen kami untuk menawar dan terus meningkatkan pengalaman pemilikan yang terbaik.” 


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger