Chevrolet Malibu - RM 155,000


Chevrolet Malaysia telah melancarkan Malibu di Malaysia. Chevrolet Malibu, sedan D-segmen akan bersaing dengan Toyota Camry, Honda Accord, Nissan Teana, Mazda 6, Hyundai Sonata, Kia Optima K5, Volkswagen Passat dan Peugeot 508.

Chevrolet Malibu dikuasakan enjin 2.4 liter Ecotec yang menghasilkan 165 hp dan 225 Nm tork, pada 4,600 rpm yang digabungkan dengan transmisi kotak gear automatik enam kelajuan penukar tork konvensional dengan mod manual (+/- butang pada permukaan atas tombol gear). Pecutan 0-100 kmh dilakukan dalam masa 9.6 saat dengan kelajuan tertinggi pada 206 kmh.

Menggunakan platform Epsilon II GM, (yang juga digunakan pada Opel / Vauxhall Insignia dan Buick Regal), Chevrolet Malibu menggunakan suspensi MacPherson. Roda 18-inchinya dibalut dengan tayar Bridgestone Potenza RE050A 245/45.

Trim LTZ boleh didapati di Malaysia dengan ciri-ciri seperti lampu depan HID, cermin sayap, sistem pemantauan tekanan tayar, penghawa dingin automatik satu zon, kawalan pelayaran, cermin pandang belakang “auto dimming”, kemasukan tanpa kunci dengan butang push start dan kerusi boleh laras 8 cara (dengan lumbar) untuk kedua-dua pemandu dan penumpang.



sumber ArenaKereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger