Viva Terus Dikeluarkan, Senarai Harga Dan Spesifikasi Perodua Axia


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan mengekalkan pengeluaran model Viva walaupun memperkenalkan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Malaysia, Axia.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata Viva akan terus dikeluarkan selagi ada permintaan.

Katanya, pengeluaran Viva tidak terjejas walaupun dengan pelancaran Axia kerana model EEV itu dikeluarkan di kilang baharu yang dibangunkan dengan kos hampir RM1.3 bilion.

Axia dengan keupayaan enjin 1.0 liter, ditampilkan dalam empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance, dengan tanda harga antara RM24,900 hingga RM45,300 serta jaminan lima tahun.

PERODUA menyasarkan jualan 30,000 unit Axia tahun ini dan 8,000 sebulan mulai tahun depan.

Sejak tempahannya dibuka 15 Ogos lalu, PERODUA sudah menerima tempahan sebanyak kira-kira 3,500 unit.

Aminar Rashid berkata Axia yang menjadi model ke-10 PERODUA menetapkan tanda aras baharu dari segi peningkatan kualiti, versatil dan peningkatan pengalaman keseluruhan kenderaan syarikat.

Model terbaharu itu adalah yang paling menjimatkan petrol dengan keupayaan mencapai jarak 21.6 kilometer untuk satu liter petrol, selain menawarkan ruang kabin dan kargo yang luas untuk kenderaan sekelasnya.

PERODUA Axia yang menggunakan 95 peratus komponen tempatan turut disasarkan untuk pasaran eksport.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ






Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger