SUV Urban Ford EcoSport Serba Baharu Sudah Berada di Bilik-bilik Pameran Seluruh Malaysia


Ford hari ini mengumumkan bahawa SUV urban kompak EcoSport serba baharu kini sudah berada di semua bilik pameran Ford di Malaysia untuk tatapan dan pandu uji orang ramai. Para pengedar Ford juga menawarkan ganjaran istimewa untuk mereka yang membuat tempahan awal sebelum pelancarannya, selain rebat khas untuk pelanggan Ford yang sedia ada.  

Ford juga mengumumkan bahawa anggaran harga EcoSport serba baharu daripada RM95,888 sehingga RM104,888 seunit.

EcoSport serba baharu ialah kenderaan global terbaru yang akan dilancarkan di Malaysia. Ia menggabungkan kelincahan sebuah kereta kompak yang sempurna untuk pemanduan harian di bandar, pada masa yang sama menawarkan fleksibiliti dan keluasan sebuah SUV.

Orang ramai yang ke bilik pameran Ford di seluruh Malaysia boleh melihat sendiri rekaan EcoSport serba baharu yang dinamik. Garis tubuh, reka bentuk kontemporari dan ruang dalaman yang sofistikated membuktikan bahawa ia sebuah SUV urban kompak yang berkemampuan, praktikal dan fleksibel. Sesi pandu uji yang sudah dijadualkan juga disediakan. Justeru, mereka yang berminat boleh mendapatkan slot pandu uji di mana-mana bilik pameran.  

Pelanggan 500 pertama yang membuat tempahan pra-pelancaran akan menerima peranti GPS bernilai RM799, ketika kereta dihantar kepada mereka, selepas pelancaran rasmi EcoSport serba baharu di Malaysia.

EcoSport serba baharu menawarkan ruang yang luas untuk lima orang penumpang, posisi pemanduan yang tinggi dengan pemandangan jelas dan ruang kabin yang telah diperhalusi untuk operasi lebih senyap. Materialnya pula dipilih dan dipadankan dengan teliti. Ia juga memiliki etos reka bentuk yang moden.

Karekter urban dan pintar EcoSport serba baharu diserlahkan lagi menerusi rangkaian teknologi pintar seperti sistem ketersambungan dalam kereta yang diaktifkan melalui suara, Ford SYNC yang memenangi anugerah, kemasukan kunci pintar, Ford Power Start dan alat pengesan parkir belakang. SUV kompak ini turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan termasuklah dua beg udara di bahagian hadapan dan sisi, selain Anti-Lock Brake System (ABS) serta Electronic Stability Program (ESP).

Maklumat lanjut mengenai SUV urban kompak EcoSport serba baharu, sila layari laman web: www.ford.net.my.

*info yang saya perolehi dari sumber, 26 Ogos 2014 merupakan hari pelancaran Ford Ecosport terbaru ini.


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger