Senarai Harga Kesemua Varian Great Wall M4


Menurut sumber dari paultan, kini senarai harga penuh bagi kesemua varian model SUV terbaru M4 telah pun diperolehi. Terdapat tiga varian bagi setiap jenis model 1.5E ICE VVT MT 5 kelajuan dan AMT 6 kelajuan iaitu Standard , Comfort dan Premium. Harga jualan M4 pada harga permulaan cukup kompetetif, bermula dari RM45,000.00 sehingga RM59,000.00 bagi kenderaan persendirian.

SUV tersebut dikuasakan enjin bersesaran 1.5 liter VVT , kuasa kuda 78 kW @ 6,000rpm dan tork 138Nm @ 4,200rpm. Enjin yang cekap dengan tahap penjimatan bahan api sekitar 6 liter untuk 100km itu dipadankan transmisi manual 5-kelajuan atau AMT 6-kelajuan.

Ciri-ciri keselamatan untuk M4 dua beg udara,  empat brek cakera, sensor undur, BA (Brake Assistant), ABS, EBD dan ESP. M4 tersedia pilihan enam warna luaran yang menarik seperti ‘Pearl Black’, ‘Sky Silver’, ‘Titanium White’, ‘Ocean Blue’, ‘Jazz Red’ dan ‘Fashionable Orange’.

M4 disasarkan kepada pemilik kereta pertama yang berusia di antara 21 hingga 35 tahun, selain mereka yang ingin kereta yang lebih besar untuk membawa keluarga. Model ini boleh dilawati di 20 buah bilik pameran Great Wall Motor (GWM) di seluruh negara. Setiap pembelian turut disertakan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000km jarak perbatuan (yang mana tiba terlebih dahulu).

[klik untuk besarkan imej]
Share this article :

+ comments + 2 comments

3 Februari 2015 12:48 PTG

Harga tahun 2015 ni dh naik k bro?

3 Februari 2015 12:49 PTG

Harga tahun 2015 ni dh naik k bro?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger