Proton Compact Car (PCC) P2-30A Atas Treler


Satu spyshot Proton Compact Car (PCC) berjaya dirakamkan oleh pembacar paultan.org, kali ini PCC di atas treler. Nampaknya PCC dah siap sepenuhnya untuk berada di pasaran. Menurut kereta moto.com antara spesifikasi menarik yang bakal melengkapi PCC ialah ianya didatangkan dengan enjin yang cekap dan ekonomi, serta rendah pengeluaran emisi CO2. 

Penjana kuasa PCC akan dilengkapi komponen sistem baru yang dikenali dengan nama singkatan EPS, Smart Alternator, VVT dan Maniverter. Berkenaan VVT, sudah pasti enjin PCC menggunakan sistem VVT yang terbukti cekap dan menjimatkan petrol, dengan sistem Bosch EMS, di samping transmisi manual 5-kelajuan (MT+) dan transmisi CVT2+.

Menjadi ‘trademark’ Proton, PCC juga mempunyai sistem pengendalian yang mantap demi keseronokan pemanduan pada tahap maksimum. Lebih dari itu, PCC juga akan dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan yang kebiasaannya hanya dijumpai pada model berharga lebih mahal, antaranya seperti enam beg udara, ABS, EBD, TCS, ESC, HBA dan HHA.

Ciri-ciri dan spesifikasi yang ditawarkan oleh PCC sangat menarik, seolah-olah ianya adalah sebuah model kompak premium yang bakal mampu mengggugat kehadiran Honda Jazz 2014 dan Perodua Myvi 1.5 (SE & Extreme). PCC mungkin bukan saingan Perodua Axia, kerana PCC berada di dalam segmen B, manakala Axia berada di dalam segmen A.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
12 Ogos 2014 9:53 PG

good job proton

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger