Payung Petronas : Kehabisan Stok Dan Resit Tidak Sah ?

[gambar dari FB Myvi Club]

Baru-baru ini pihak Petronas ada menawarkan kepada pengguna untuk mengisi minyak sebanyak RM200 berpeluang mendapat satu unit payung edisi terhad. Cara yang cukup mudah adalah dengan setiap pengisian minyak RM20 akan diberi satu cop pada borang kecil yang disediakan, sehingga penuh 10 cop bersamaan RM200 berserta resit yang diberi anda boleh mendapatkan payung tersebut.

Peraduan ini yang bermula 20 Julai 2014 hingga 15 September 2014 itu nampaknya mengalami rungutan pengguna yang telah menyertai program tersebut. Jelas sekali ramai yang kecewa dengan jawapan yang diberikan pihak stesen minyak Petronas setiap kali ingin menebus payung tersebut. Rata-rata stesen minyak Petronas mengalami kehabisan stok.. itulah alasan yang diberikan oleh juruwang.

Masalah resit yang diberikan pun menjadi persoalan apabila resit untuk menuntut payung mesti yang "FINAL PAYMENT" walaupun semua dah complete RM200. Resit "PREPAYMENT" atau "COPY RESIT" adalah tidak boleh digunapakai sama sekali. Sebagai pengguna, sebahagian besar kita tidak tahu akan hal ini, mana kita tahu akan rupa resit "FINAL PAYMENT" , "PREPAYMENT" atau "COPY RESIT" . Dalam hal kecil dan rumit ini siapa yang harus dipersalahkan? Pelanggan, Stesen Minyak Petronas atau Pihak Petronas sendiri?

Cerita ini mungkin tidak akan saya siarkan, saya sendiri selidik ke beberapa stesen minyak Petronas sekitar Teluk Intan, Ipoh hinggalah ke Manjung semua memberi jawapan yang sama iaitu "kehabisan stok". Semoga masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin oleh pihak Petronas kerana dalam menjaga pelanggan setia, biarpun hanya hadiah payung, ia amat bermakna bagi pelanggan.




Share this article :

+ comments + 11 comments

Tanpa Nama
6 Ogos 2014 3:42 PTG

peraduan shell tu pun entah ya tah tidak. kata menang ribu-ribu tapi tak penah nampak pun..

Tanpa Nama
6 Ogos 2014 3:43 PTG

saya juga kena dengan situasi payung abis stok. pegi dari satu tempat ke satu tempat sama je abis stok. betul ada atau diorang saja mempermainkan kita?

Tanpa Nama
6 Ogos 2014 11:19 PTG

Sama je jawapan di kedah, perlis....habis stok. Takkan kemut sangat kot payung sebiji...kita dah habis rm200.

Tanpa Nama
9 Ogos 2014 6:04 PTG

taktik payung agar orng berlumba lumba beli minyak d stesen petronas, alasan kehabisan stok adalah alasan tidak munasabah!!!!!! sepatutnya mereka sudah bajet secukupnya. TIDAK PAYAH BUAT PERADUAN KALAU TIDAK DAPAT MENUNAIKANNYA.. MENYUSAHKAN DAN MENIPU PELANGGAN SAHAJA!!!

Tanpa Nama
10 Ogos 2014 11:10 PTG

Memang betul pun. Semua stesen minyak cakap dah habis stok. Takkan ler bila stok sampai orang dok p beratoq? Resit salah pun tak boleh ke?...Kita tau ke resit tu final payment? Yang kita tau isi rm20 dpt cop...

Tanpa Nama
12 Ogos 2014 8:43 PTG

nk mintaak sbtg payung mcm mintak sedekah pulok...setiap kali tanye kehabisan stok...x ku hadap hanya sebtg payung..wahai PETRONAS...

Tanpa Nama
21 Ogos 2014 10:49 PG

satu stesen dapat stok berapa batang je.. camne la pihak petronas ni.. pastu pihak stesen yg kena maki hamun. kad cop byk, payung sikit.

Tanpa Nama
23 Ogos 2014 4:16 PTG

Untung berjuta-juta,nak dpt sebtg payung pun susah..... wahai PETRONAS...

cristang
18 September 2014 2:13 PTG

Petronas penipu.... Ape persatuan pengguna tak bust ape ape ....

Tanpa Nama
30 September 2014 11:02 PG

herm.. yg pling giler blh plk ad casher PETRONAS g print 1 resit RM 0.06.. siap ad adjustment RM -0.01..mse tebus dorg kata resit xvalid w/p ad 10 cop..

Tanpa Nama
8 Oktober 2014 3:25 PTG

Petronas makin bodoh selepas tak ada Hassan Merican. Sekarang bubuh presiden yang lembab gila. Itulah akibatnya. Siap anti Bumiputra lagi, walhal jadi presiden pun sebab kroni PM.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger