Lotus Bina SUV Dan Sedan Segmen D


Lotus Group merancang untuk membangunkan sebuah kenderaan utiliti sports (SUV) dan kereta sedan besar dalam segmen D, sekali gus memberi varian baharu bagi pengeluar kereta sport mewah global tersebut.

Perancangan tersebut dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Jean-Marc Gales semasa mesyuarat Lembaga Pengarah Proton dipengerusikan Tun. Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Kecemerlangan (COE) Proton di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi Lotus, Aslam Farikullah.

Menurut sumber, Gales yang baharu menerajui Lotus pada 1 Mei lalu, buat pertama kali membentangkan pelan tindak dan perancangan masa hadapan syarikat itu.

Kedua-dua varian tersebut iaitu SUV dan segmen D, bakal memberi lebih banyak pilihan kepada penggemar kereta Lotus yang cukup dikenali sebagai kereta berprestasi tinggi.

Lotus ujar beliau, pernah terlibat dalam pembangunan sedan Segmen D bersama Vauxhall pada 1990 dinamakan Lotus Carlton dan versi Opel juga dikeluarkan dengan jenama Lotus Omega.

Kereta tersebut memiliki kuasa maksimum 377 bhp dengan kekuatan enjin turbo berkembar enam silinder 3,615 cc yang berupaya dipecut selaju 283 km sejam, menjadikannya kereta empat kerusi terpantas ketika itu.

Idea untuk menghasilkan sebuah SUV telah lama wujud pada Lotus iaitu pada 2006, sebuah prototaip Lotus APX dipamerkan pada Pameran Automotif Geneva.

Bagaimanapun, difahamkan model SUV yang dibentangkan oleh Gales adalah model baharu sama sekali dan bukan Lotus APX.

*Boleh la lepas ni Proton Perdana based pada Lotus Segmen D dan Proton ada SUV.

Sumber - Utusan
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
21 Ogos 2014 10:39 PG

memang betul perdana baru boleh guna platfrom lotus D, Proton juga boleh ada suv. yg penting plan ni x terkandas macam lima model konsep lotus dulu.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger