Guna Biodiesel B5 Disember


Malaysia, pengeluar minyak sawit terbesar dunia menangguhkan mandat penggunaan biodiesel kepada akhir tahun ini, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas. 

Program biodiesel B5 yang akan dimulakan menjelang Disember, berbanding sasaran pelaksanaan awal iaitu pada Julai, akan menggandakan purata penggunaan peringkat bulanan, kata Douglas dalam maklum balas menerusi kiriman e-mel kepada Bloomberg. 

Penangguhan itu adalah susulan pembinaan 15 kemudahan pengadunan di Sabah dan Sarawak serta wilayah Persekutuan Labuan yang mengambil masa lebih lama daripada jangkaan, katanya. 

Harga sawit, minyak masak yang paling banyak digunakan di dunia, susut 16 peratus pada tahun ini dan di Kuala Lumpur, ia merosot kepada paras terendah pada 2014 ekoran ramalan kerajaan AS mengenai global inventori kacang soya global yang digunakan untuk membuat minyak alternatif. 

Harganya juga mendapat tekanan susulan kegagalan Indonesia dan Malaysia dalam memacu pengguna bahan api bio, demikian menurut Pengarah Godrej International Ltd, Dorab Mistry pada 26 Jun lalu. 

“Kerajaan dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia memantau perkembangan pembinaan kemudahan pengadunan dan meninjau langkah lain dalam mempercepatkan pembangunan projek berkenaan,” kata Douglas. 

“Pelaksanaan sepenuhnya bagi program B5 dijangka menggunakan 500,000 tan methyl ester setahun. 
“Malaysia merancang untuk menghasilkan 19.5 juta tan kelapa sawit tahun ini,” katanya. 

Penurunan terbaharu sebanyak 0.6 peratus kepada RM2,241 (AS$700) satu tan semalam di Bursa Malaysia Derivatif di Kuala Lumpur, adalah pada paras terendah sejak 12 Ogos. Apabila B5 dilaksanakan sepenuhnya, purata penggunaan bulanan dijangka meningkat kepada 41,667 tan, berbanding 20,833 tan ketika ini, tambah Douglas. 

Ia akan meningkat kepada 58,333 tan dengan bermulanya program B7 pada suku pertama, katanya. 

Kerajaan dan lembaga minyak sawit sedang dalam perbincangan dengan pengeluar enjin dan persatuan automotif untuk mendapatkan jaminan untuk program B7, jelasnya. - BLOOMBERG
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger