Anda Mempunyai Idea Bagi Sektor Automotif Untuk Bajet 2015?


Anda mungkin mempunyai idea yang cukup baik untuk ‪#‎bajet2015‬ . Saya juga tidak ketinggalan memberi idea terutama dalam sektor automotif. Terdapat beberapa cadangan telah saya berikan.

Salah satu cadangan adalah harga kereta lebih murah dengan kadar cukai yang dikenakan kerajaan terhadap sesebuah kereta baru dikurangkan dengan syarat pemilikan kereta hanya untuk 10~15 tahun.

Seperti yang kita semua tahu, kebanyakan kualiti kereta hanya dapat bertahan selama 10 tahun sahaja, selepas itu akan timbul berbagai-bagai ragam (sparepart pun ada yang dah tidak dijual).

Dengan cadangan saya ini, jika cukai dikurangkan, harga kereta pun jadi murah, kita mungkin hanya perlu buat pinjaman bank selama 5 tahun sahaja dengan ansuran bulanan rendah. Selepas 10 tahun, kereta perlu dilupuskan.

Sistem ini tidak akan merugikan mana-mana pihak, dipihak pembeli, pengeluar/penjual kereta, mahupun Kerajaan kerana cara ini ada kitaran yang tetap. Sebagai pengguna pun, kita akan ada rasa jemu atau runsing dengan kereta selepas 10 tahun, mula teringin nak beli yang baru.

Walaubagaimanapun, ini hanya pandangan saya sahaja, anda juga mungkin ada pandangan tersendiri, jadi jangan lepaskan peluang untuk memberi idea kerana tarikh tutup cadangan bajet 24 Ogos 2014 ini. Klik http://1malaysia.com.my/bajet2015/ untuk idea anda.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger