SPYSHOT Model Terbaru Perodua Axia 2014 !!


Ini adalah spyshot pertama model terbaru Perodua Axia yang berjaya dirakamkan di sekitar Putrajaya. Kali ini keseluruhan badan dipenuhi camouflage kuda belang sehinggakan lampu pun ditutup sekali. Pada awal dulu kita lihat model Daihatsu Ayla dipandu uji, kemudiannya model ujian pihak Perodua dengan ditutupi beberapa bahagian lampu dan bumper.

Model ujian ini menunjukkan rekabentuk yang akan menjadi model Axia kelak kerana terdapat rekaan baru pada bahagian lampu, bumper, spoiler dan rim sukan. Gambar ini juga menunjukkan terdapat wiper belakang dan antena berbeza dengan Daihatsu Ayla. Jika diamati, kelihatan panel lubang aircond terletak di tengah atas dashboard. Perodua Axia dijangka akan menemui kita semua pada bulan hadapan atau September ini.
Share this article :

+ comments + 4 comments

Tanpa Nama
3 Julai 2014 2:20 PTG

diorang ni buat test ape? rebadged daihatsu je kan..

Tanpa Nama
3 Julai 2014 4:20 PTG

test bumper gugur ke x hehe... xpn test fc dia camner

Tanpa Nama
4 Julai 2014 8:14 PG

welcome new baby!

Tanpa Nama
4 Julai 2014 3:05 PTG

perasan x perodua baru ni kaler merah.. tgk kat bahagian tayar belakang dan area sensor belakang.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger