Spyshot : Gambar Perodua Axia Tersebar Lagi!


Selepas dashboard Perodua Axia didedahkan sebelum ini, kini beberapa gambar Axia terus tersebar di internet. Siri spyshot ini menunjukkan ia adalah varian premium. Varian teratas dilengkapi dengan skrin sesentuh , butang media pada steering berbalut kulit. Spyshot sebelum ini juga ada menunjukkan ciri-ciri varian standard.

Jika kita perhatikan pada gambar yang diperoleh ini, terdapat gril hadapan yang besar dan logo chrome bar di bahagian atas. Rekaan lampu hadapan mengikut jejak Myvi, foglamp dikelilingi bulatan chrome. Mungkin terdapat parking sensor jika dilihat pada bumper hadapan.

Bahagian belakang pula kita akan lihat, rekaan bumper seperti Myvi SE baharu jika perbandingan dengan sedikit imej Myvi SE berwarna kuning. Menjadi trend untuk kereta hatchback, lokasi  nombor plate dibahagian bumper dan rekaan lampu jernih mungkin untuk varian atas seperti ini (mungkin juga dikenali sebagai Axia SE)

Axia yang berasaskan Daihatsu Ayla ini dijangka akan dilancar tidak lama lagi. Terdapat dua lagi nama yang didaftarkan iaitu Elina dan Atrivia. Gambar di atas mungkin varian high spec bagi model ini. Harga yang ditawarkan mungkin sekitar antara harga Viva dan Myvi. Apa pendapat anda?

Gambar Perodua Axia varian premium dan standard
Gambar Dashboard Axia Varian premium dan standard

KLIK UNTUK BERSARKAN IMEJ



Share this article :

+ comments + 18 comments

Tanpa Nama
18 Julai 2014 10:15 PG

belakang nampak lebih kemas berbanding myvi se.

18 Julai 2014 10:39 PG

bumper utk SE version ni mcm pelik je..looks funny..should make it a bit simple

Tanpa Nama
18 Julai 2014 11:27 PG

depan memang failed!!

Tanpa Nama
18 Julai 2014 11:55 PG

bumper depan tu nampak elok, tak teruk sngt, cuma logo tu je nampak pelik.

Tanpa Nama
18 Julai 2014 12:15 PTG

terbaik lah perodua.

Tanpa Nama
18 Julai 2014 1:01 PTG

logo di bonet pun ok.

Tanpa Nama
18 Julai 2014 2:11 PTG

no idea for rear bumper?

Tanpa Nama
18 Julai 2014 2:24 PTG

lebih cute berbanding myvi

18 Julai 2014 4:05 PTG

Ni saiz myvi ke viva?

Tanpa Nama
18 Julai 2014 4:52 PTG

Sgt hodoh, x berbaloi milik

Tanpa Nama
19 Julai 2014 12:05 PTG

memang x berapa sesuai logo tu

Tanpa Nama
21 Julai 2014 1:26 PTG

cantik tu cantik juga.. tapi cantik lagi Proton Iriz

Tanpa Nama
14 Ogos 2014 1:16 PTG

bagi aku lampu belakang je x okay, depan lebih kurang cm Myvi. harga pn 25k std. bg aq lawa Myvi lg tp kreta ni murah la drpd Viva bg yg std spec. berbaloi jgk klu beli. beli la :D

Tanpa Nama
15 Ogos 2014 2:44 PG

Bagi aku..depan i sooo outdated punye style..aduh yg lain dah cantik dah..hah xpe.setaun due mesti dorg up favelift baru sebab ramai komplen.hehe

Tanpa Nama
15 Ogos 2014 2:45 PG

Maksud aku *facelift

Tanpa Nama
19 September 2014 11:54 PG

Huduuuh

Tanpa Nama
4 Disember 2014 5:15 PTG

Hudoh double triple..sekian

Tanpa Nama
5 Disember 2014 1:08 PTG

byk juga dh rungutan pasal axia nih. katanya kurang pikap.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger