Proton Lancar Proton Saga dan Persona Executive


Tanpa sebarang majlis pelancaran, Proton Holdings Berhad telah memperkenalkan dua varian baharu untuk model Proton Persona Executive dan Proton Saga FLX Executive. Dengan penampilan dua varian baharu ini, ia akan menambah pilihan pengguna untuk membeli produk Proton.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan pada Proton Saga FLX Executive, adalah bodykit SE , smoke lamp belakang dan leather seat, sambungan bluetooth . Model ini masih menggunakan Campro 1.3 IAFM.  Saga FLX Executive ini dilengkapi dengan gearbox manual atau CVT sepertimana model SV ,  sport rim baru , door side liner dan bodykit mengikut warna kereta. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Proton Saga FLX Executive Manual (Solid) : RM41,935.65
Proton Saga FLX Executive Manual (Metalik) : RM42,385.65
Proton Saga FLX Executive CVT (Solid) : RM44,535.65
Proton Saga FLX Executive CVT (Metalik) : RM44,985.65


Pihak Proton juga telah menampilkan semula Proton Persona Executive 2014. Di pasaran semasa ketika ini hanya terdapat satu varian Persona sahaja iaitu Persona 1.6 SV (Manual dan Automatik), yang diperkenalkan sejak November 2013 yang lalu. 

Antara ciri-ciri yang ditawarkan pada Persona Executive 2014 ini adalah enjin 1.6L IAFM+, sistem Brek ABS + EBD, brek Cakera bagi kesemua tayar, Dual SRS Airbags, Gril Hadapan Chrome baru, Lining Chrome belakang baru, Eksoz Muffler, Dilengkapi dengan Leather Seat Hitam bersama kemasan Benang Putih, Ciri Pemanduan DNA Lotus Ride and Handling, Set bodykit, spoiler rekaan baru, rekabentuk Sport Rim baru dengan warna Gun Metal.

Pilhan warna Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver, Fire Red, Atlantic Blue, Bronze Garnet dan warna baru Elegant Brown. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Proton Persona Executive (MT / Solid) : RM49,938.00
Proton Persona Executive (AT / Solid) : RM52,938.00
Proton Persona Executive (MT / Metalik) : RM50,388.00
Proton Persona Executive (AT / Metalik) : RM53,388.00

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger