Proton Akan Lancar Model Baharu Akhir Tahun Ini


PROTON Holdings Bhd bakal memperkenalkan model yang sama sekali baharu pada akhir tahun ini, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pelanggan mengharapkan Proton menambah baik kualitinya dan ia menelan kos yang tinggi kerana semuanya perlu diperiksa bagi memastikan ia menggunakan bahan-bahan terbaik.

"Harga model baharu itu dijangka lebih murah berbanding model-model lain dalam segmen yang sama, kerana itulah yang sepatutnya bagi kereta Proton.

"Bagaimanapun, ia perlu naik sedikit kerana pelanggan membayar untuk sesuatu yang lebih baik," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran 'Drive for Gaza', inisiatif pengumpulan dana Proton secara kerjasama dengan Yayasan Aman Global Perdana bagi membantu mangsa perang di Palestin.

Beliau berkata bagi model baharu itu, Proton menggunakan sepenuhnya dana dalamannya, terutamanya bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Dr Mahathir berkata Proton menggunakan wangnya sendiri sejak sekian lama bagi R&D dan kerajaan seharusnya membayar balik perbelanjaan itu.

"Di Korea Selatan dan Jepun kerajaan menyokong sektor swasta dan hasilnya mereka memperoleh daripada cukai yang dikutip.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata pengeluar kereta tersebut akan terus memperkenalkan model baharu, harapnya sebuah setahun, bagi memastikan kelangsungan hidup berterusannya.- BERNAMA


Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
18 Julai 2014 9:15 PTG

cepat la keluar. honda dah keluar jazz baru, perodua dah nk keluar axia.

Tanpa Nama
18 Julai 2014 11:05 PTG

Proton cepat la lancar kereta tu at least bulan 9 ni, tak sabar dah nak beli kereta tu

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger