PLUS BERI REBAT TOL 30 PERATUS SEMPENA AIDILFITRI


Pengguna lebuh raya PLUS berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 30 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik pada 23, 24, 30 dan 31 Julai bersempena dengan cuti Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Menurut Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “Rebat tol tersebut diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS. Ia merupakan salah satu daripada langkah PLUS menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Selain itu, ia adalah di antara strategi PLUS menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan lebih pantas.” 

Pemberian rebat tol tersebut juga merupakan langkah PLUS untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai untuk bergerak pada hari-hari bukan puncak. 

Menurut Noorizah, rebat tersebut boleh dituntut di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula pada 1 September sehingga 30 November ini.  

PLUS juga menjangkakan sebanyak 1.5 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada hari-hari puncak iaitu 25, 26 dan 27 Julai serta 1, 2 dan 3 Ogos setiap hari pada musim perayaan yang akan datang. Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.2 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa.  

“Justeru itu, kami menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik sebagai satu langkah untuk mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan orang ramai melalui plaza-plaza tol dengan lebih selesa dan lebih cepat dan mengambil kesempatan untuk menikmati rebat yang menarik ini apabila menggunakan lebuhraya kami pada hari-hari tersebut,” kata Noorizah. 

Namun begitu, rebat tersebut tidak akan diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan jambatan Pulau Pinang.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger