Persona Executive 2014 Baharu!


Menurut FB Proton Eon Berhad, Pihak Proton telah menampilkan semula Proton Persona dengan memperkenalkan Proton Persona Executive 2014. Di pasaran semasa ketika ini hanya terdapat satu varian Persona sahaja iaitu Persona 1.6 SV (Manual dan Automatik), yang diperkenalkan sejak November 2013 yang lalu. 

Antara ciri-ciri yang ditawarkan pada Persona Executive 2014 ini adalah enjin 1.6L IAFM+, sistem Brek ABS + EBD, brek Cakera bagi kesemua tayar, Dual SRS Airbags, Fog Lamp dan Gril Hadapan Chrome baru, Lining Chrome belakang baru, Eksoz Muffler, Dilengkapi dengan Leather Seat Hitam bersama kemasan Benang Putih, Ciri Pemanduan DNA Lotus Ride and Handling, Set bodykit Persona Highline, rekabentuk Sport Rim baru dengan warna Gun Metal.

Proton Persona Elegance merupakan antara model popular keluaran Proton namun dihentikan pengeluaran untuk beri laluan kepada Preve. Pilihan warna Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver, Fire Red, Atlantic Blue, Bronze Garnet dan warna baru Elegant Brown. Harga untuk Persona Executive 2014 :

Proton Persona Executive (MT / Solid) : RM49,938.00
Proton Persona Executive (AT / Solid) : RM52,938.00
Proton Persona Executive (MT / Metalik) : RM50,388.00
Proton Persona Executive (AT / Metalik) : RM53,388.00


KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




Gambar Terkini daripada Shahrul Azril




Share this article :

+ comments + 10 comments

Tanpa Nama
2 Julai 2014 11:00 PG

guna balik chrome bar depan belakang dan ada muffler baru. rim baru.

Tanpa Nama
2 Julai 2014 12:49 PTG

kalau harga sama memang x patut la. owner persona lama mcm mana. dah la dpt 2 disc brake.

Tanpa Nama
2 Julai 2014 6:07 PTG

sport rim lawa laa... mcm ni bru btl... hope provide jgk utk version saga :D

Tanpa Nama
3 Julai 2014 1:54 PTG

x mampu beli preve. dapat persona pun jadi :-)

Tanpa Nama
3 Julai 2014 1:55 PTG

ape pasal tayar nampak tebal?

3 Julai 2014 9:06 PTG

Kenapa Proton tak keluarkan 'the-all-new Persona'? Takut market Preve jatuh ke

Tanpa Nama
4 Julai 2014 8:15 PG

x semua org mampu beli preve 5 ancap tu.. ade golongan yg hanya mampu pakai persona je. proton patut perkenal persona yg lain sikit.

Tanpa Nama
20 Julai 2014 7:53 PTG

setuju. owner yg lama mcm mana. dah la harga lebih kurang. tp yg bru spec lebib dri yg lama.

Tanpa Nama
15 Oktober 2014 8:43 PTG

Sy pengguna Proton Persona Terbaru nie.....BEST SANGAT ....... :D

Tanpa Nama
30 Januari 2015 9:52 PG

Bile kuat ye model nie?? Ramai org ckp persona model m line n dulu bnyk masalah.. Ermmm

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger