Nikmati Pemanduan Yang Gembira, Bebas Tekanan Di Bandar Dengan Ford EcoSport Serba Baharu


Pengedar Ford Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan melancarkan Ford EcoSport di Malaysia tidak lama lagi, ini kerana mereka telah meletakkan imej serta borang pendaftaran di laman webnya. Sebelum ini, dilaporkan bahawa EcoSport itu akan datang ke Malaysia pada separuh kedua tahun ini . 

Ford EcoSport akan datang dengan enjin 1.5 liter Ti-VCT dengan transmisi enam kelajuan dwi klac pertama - bit mekanikal yang sama yang terdapat dalam enjin Fiesta 1.5 liter Ti-VCT. Bagi EcoSport 1.5 liter Ti-VCT ini menghasilkan 110 PS pada 6,300 rpm dan 142 Nm pada 4,400 rpm , kuasa kuda kurang sedikit tetapi lebih sedikit tork berbanding dengan penalaan enjin dalam Fiesta. Jom kita lihat apa kata pihak Ford mengenai kelebihan EcoSport serba baharu ni.


Orang bandar sering menjalani gaya hidup yang sibuk dan terkejar-kejar. Mereka perlu bergerak ke pelbagai lokasi berbeza di bandar dalam sehari dan terpaksa berdepan dengan jalan yang sesak dan memeningkan kepala. 

Justeru, ramai penghuni di bandar ingin mendapatkan sebuah kereta kompak yang boleh memenuhi keperluan mereka setiap hari. Pada masa yang sama menawarkan sifat rugged sebuah SUV untuk melalui laluan tidak rata. Sama ada di tepi jalan atau ketika memandu untuk bercuti di pinggir bandar. 

Ford EcoSport serba baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi bakal menjadi SUV urban pertama di Malaysia yang sempurna untuk dipandu ke mana sahaja. Sama ada di jalan-jalan di bandar yang sempit mahupun laluan kasar. SUV urban ini menggabungkan versatiliti dan ketersambungan yang memastikan pelanggan boleh menikmati pemanduan lancar di bandar. 

SUV urban ini menawarkan posisi pemanduan yang tinggi dengan ruang kelegaan tanah mencecah 200 milimeter. Ini bermakna pemilik EcoSport tidak perlu bimbang dengan bonggol atau lubang di atas jalan yang biasa ada di bandar. 


Ford EcoSport serba baharu dilengkapi sistem stereng yang dibantu oleh kuasa elektrik (EPAS). Ia menawarkan kualiti stereng yang tepat, meyakinkan dan radius pusingan yang kecil. Ini menjadikannya mudah dikendalikan di jalan bandar yang sempit atau laluan bengkang-bengkok. Radius pusingan 10.6 meter juga membolehkan pergerakan ketika melalui trafik di bandar menjadi lebih mudah. Terutama ketika hendak membuat pusingan U di jalan yang kereta diparkir di kedua-dua  sisi jalan. 

Satu lagi ciri pintar ialah sistem Ford SYNC yang memenangi anugerah. Ia menggunakan arahan sura untuk membolehkan pemiliknya menjawab panggilan telefon dan memilih muzik daripada peranti-peranti yang disambung melalui Bluetooth atau USB. Ford SYNC membantu melegakan tekanan memandu di bandar, selain menawarkan pemandu perjalanan yang selamat dan menyeronokkan.  

Untuk membuatkan pemanduan bebas daripada tekanan, Ford EcoSport serba baharu didatangkan dengan pelbagai sistem bantuan pemandu. Alat pengesan parkir memastikan pemandu daripada melanggar halangan yang mereka tidak nampak. Hill Launch Assist memastikan pemandu dapat memandu dengan lancar di laluan berbukit, sama ada menaiki atau menuruni cerun dengan ‘memegang’ SUV selama 2.5 saat apabila mereka mengalihkan kaki daripada pedal brek untuk menekan pedal minyak. Ciri ini menjadikan EcoSport sebuah SUV urban yang ideal ketika hendak mencari ruang parkir di pusat beli-belah yang sesak atau melalui laluan berbukit.



Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
4 Julai 2014 10:37 PG

akan ada dua pilihan nak beli haval m4 atau ford ecosport. rupa depan macam dah nak sama.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger