Model Baharu Proton Lebih Canggih Dan Berkualiti - Tun M


Menurut Penegerusi Proton, Tun Mahathir, Proton Holdings Bhd menjamin produk baharu yang akan dilancarkan nanti akan lebih canggih dan mempunyai standard yang tinggi serta pada harga lebih murah berbanding kereta import.

Pengeluar kereta nasional itu kini sudah mengenal pasti kelemahan serta kekurangan yang ada pada model lama dan sudah melaksanakan usaha memperbaikinya. Kereta keluaran Proton seperti Subprima S dan Preve adalah model kereta keluaran Proton yang kualitinya sudah dipertingkatkan, tambah beliau.

“Masalah yang dihadapi kereta Proton seperti cermin tidak boleh naik dan paip bocor bukan salah Proton. Kita (Proton) dapat daripada vendor. Kadang-kadang vendor dalam usaha mengurangkan kos mereka, mereka menukar material dan ia tidak tahan lama.

“Justeru, bermula tahun ini, kita menetapkan tidak akan menggunakan bahan kurang bermutu dan model kereta pada masa depan tidak akan ada kecacatan,” kata beliau.

Mengenai rancangan pemindahan operasi ke Proton City di Tanjung Malim, Perak, Dr Mahathir berkata, rancangan itu memang ada dan mungkin dilaksanakan dalam tempoh kurang daripada lima tahun dengan kerjasama kakitangan Proton.

Beliau berkata, Proton akan mengambil kira kebajikan pekerjanya seperti tempat tinggal serta persekolahan anak-anak sebelum mengambil keputusan berpindah ke Proton City itu. Dr Mahathir berkata, Proton membelanjakan RM1.8 bilion untuk membangunkan kilang di Tanjung Malim.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger