Kerajaan Kaji Caj Tertentu Kereta Luar Masuk Pintu Negara


Kerajaan sedang mengkaji cadangan mengenakan caj tertentu bagi kenderaan di sempadan Thailand, Brunei dan Kalimantan untuk masuk ke negara ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya turut melihat serta menimbang beberapa prosedur dan proses sebelum sebarang tindakan dapat dilaksanakan.

"Memang kita akan timbangkan dan melihat bagaimana cara pelaksanaannya, sebab Malaysia bukan ada satu pintu masuk sahaja, di selatan Thailand, Brunei, Indonesia Kalimantan... kita ada banyak pintu masuk.

"Lagipun Singapura kenakan caj kenderaan untuk kurangkan kesesakan. Jadi kajian itu perlu meliputi pertimbangan yang menyeluruh," katanya.

Akhbar tempatan melaporkan bahawa kerajaan Johor telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan Persekutuan lima bulan lalu untuk mengenakan caj RM20 terhadap setiap kenderaan Singapura yang memasuki negara ini.

Laporan itu juga mengatakan bahawa kerajaan Singapura akan menaikkkan bayaran Permit Kenderaan Barangan (GVP) daripada S$10 (RM25.72) kepada S$40 (RM102.88) sebulan berkuat kuasa, mulai 1 Ogos depan.

Begitu juga kadar bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan berdaftar di luar negara yang mahu memasuki Singpura akan dinaikkan daripada S$20 (RM51.44) kepada S$35 (RM90) sehari berkuat kuasa mulai tarikh sama.

sumber Astro Awani
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger