Jualan Bulanan Terbaik Memacu Rekod Prestasi Jualan Separuh Pertama Ford di Malaysia


Tidak hairanlah mengapa jualan Ford semakin meningkat. Beberapa faktor turut menyumbang kepada lonjakan yang cukup besar ini. Ford merekodkan prestasi jualan bulanan terbaiknya apabila jualan runcit pada bulan Jun melonjak sehingga 58 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 1,307 unit.

Jualan runcit Januari-Jun naik hampir 25 peratus kepada 6,520 unit – sekali gus menjadi prestasi separuh tahun pertama terbaik Ford setakat ini di Malaysia. Prestasi luar biasa itu dipacu oleh peningkatan jualan model Fiesta baharu, serta permintaan yang berterusan ke atas Ranger, Kuga dan Focus.

Di mata pengguna, keyakinan hadir terhadap Ford tentulah barisan model yang ditampilkan nampak teguh, menarik dan memuaskan. Dilengkapi dengan teknologi terkini dan rekaan model yang moden mendahului pesaing lain adalah antara kejayaan Ford di Malaysia. Berikut adalah siaran akhbar Ford mengenai berita gembira ini.


KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Julai 2014 – Ford hari ini mengumumkan bahawa momentum pertumbuhannya di Malaysia terus memberangsangkan pada bulan Jun, apabila ia merekodkan jualan bulanan paling kukuh, sekali gus mengatasi prestasi separuh pertama terbaiknya sebelum ini.  

Dipacu oleh permintaan berterusan yang kukuh ke atas model Fiesta, Ranger, Kuga dan Focus baharu, jualan runcit bulan Jun melonjak sebanyak 58 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 1,307 unit. Rekod jualan keseluruhan separuh pertama tahunan Ford pula meningkat hampir 25 peratus kepada 6,520 unit kenderaan. 

“Pengguna Malaysia arif dalam keinginan mereka untuk kualiti, pintar dan selamat kenderaan yang juga ekonomi dan menyeronokkan untuk memandu. Kami gembira dengan tindak balas yang bersemangat dengan kenderaan Ford global yang mendahului segmennya yang diperkenalkan kepada pasaran Malaysia, serta kami berharap untuk terus membina tehadap momentum yang semakin berkembang ini” kata Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman.  


Dengan 728 unit terjual sepanjang bulan Jun – lonjakan sebanyak 64 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu – trak pikap Ranger yang mendefinisikan semula kelasnya kekal menjadi model terlaris Ford di Malaysia. Permintaan memberangsangkan terhadap seluruh rangkaiannya membantu Ranger merekodkan prestasi separuh tahun terbaik setakat ini di Malaysia dengan jualan menokok sebanyak 43 peratus berbanding tahun lalu kepada 3,667 unit.


Ranger yang mendahului segmennya baru-baru ini menetapkan standard baharu dalam aspek keselamatan apabila Ford mengukuhkan pakej keselamatan ke atas seluruh variannya di Malaysia. Penambahbaikan itu merangkumi sistem Electronic Stability Program (ESP) Ford pada semua varian, cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX serta penambahan ciri-ciri keselamatan pasif demi menawarkan aspek keselamatan yang terbaik dalam kelasnya. 

“Dengan proses naik taraf ini, Ranger menjadi trak pikap paling selamat di pasaran. Semua  rangkaiannya kini boleh didapati di seluruh negara. Maka Ford mampu memenuhi permintaan luar biasa terhadap Ranger di Malaysia,” kata Westerman.


Fiesta baharu yang menerima rekaan semula secara signifikan juga terus menunjukkan trend kenaikan apabila mencatatkan prestasi jualan bulanan terbaik lebih daripada satu tahun dengan lonjakan sehingga 103 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu menerusi jualan 410 unit. Jualan Fiesta baharu pada tahun ini juga meningkat, sehingga kini sudah mencecah 1,778 unit. 

Bulan yang luar biasa buat Fiesta ini dipacu oleh tawaran enjin inovatif 1.0L EcoBoost Ford yang hadir dalam varian lima pintu. Baru-baru ini, enjin tiga silinder tersebut dinamakan sebagai enjin antarabangsa terbaik 2014 (2014 International Engine of the Year) – kemenangan tiga tahun berturut-turut - atas kualiti pemanduan, prestasi, penjimatan, kehalusan dan teknologi yang mendahului kelasnya. 

“Fiesta baharu merupakan pemacu utama terhadap kejayaan transformasi berasaskan kepada produk kami. Ini bermakna Enjin 1.0L EcoBoost boleh memberikan model yang mendahului segmennya ini lebih banyak cara untuk berhubung dengan para pengguna yang mahukan penjimatan bahan api dan prestasi mengagumkan,” kata Westerman.

Permintaan berterusan ke atas model SUV Kuga serba baharu yang penuh gaya dan versatil nyata membantu peningkatan jumlah jualan pada tahun ini sehingga kini mencecah 478 unit. Ini termasuklah jualan pada bulan Jun sebanyak 101unit.  

Dijana oleh enjin 1.6L EcoBoost yang berkuasa dan menjimatkan minyak, Kuga serba baharu tampil unggul dengan kombinasi  teknologi pintar dan selamat yang tiada tandingan. Di samping kuasa dan prestasi yang mendahului segmennya. 

“Para pelanggan hari ini mahukan kenderaan yang bernilai untuk wang dan Kuga menawarkan gabungan ideal di antara prestasi serta teknologi,” kata Westerman.

Jualan runcit kukuh Focus serba baharu yang padat dengan teknologi meningkatkan jualan tahun ini kepada 575 unit. Para pelanggan di Malaysia nampaknya terus menghargai rangkaian teknologi pintar dan ciri yang ada pada Focus serba baharu. Ini termasuklah Active Park Assist, Active City Stop, Blind Spot Information System dan pakej keselamatan yang mendahului kelasnya.  


Ford akan terus mengembangkan rangkaian produknya di Malaysia menerusi pelancaran beberapa kenderaan global yang mendahului kelasnya seperti SUV urban kompak Ford EcoSport serba baharu, Fiesta ST – kereta berprestasi tinggi global keduanya, serta dua varian tambahan untuk Kuga serba baharu.  

Syarikat juga terus menunjukkan komitmen untuk mengembangkan rangkaian pengedarannya di seluruh negara.  Di samping meningkatkan kemudahan pelanggan dan selepas jualan, selari dengan jualan rangkaian produknya yang kian bertambah.  

“Ini merupakan masa yang begitu mengujakan buat Ford di Malaysia. Kami kekal benar-benar komited untuk terus mengembangkan perniagaan, selain menawarkan setiap pelanggan pelanggan sedia ada dan akan datang dengan pengalaman pemilikan yang tiada tandingan,” jelas Westerman.

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger