Iklan Raya Proton 2014 'Proton Sepanjang Raya' Sedikit Teaser Proton Compact Car


Proton telah menyelitkan sedikit ‘teaser’ pertama Proton Compact Car atau dikenali juga GSC P2-30A yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Teaser dalam durasi beberapa saat itu hanya menunjukkan lampu depan jenis projektor, jika tak silap saya nampak tulisan Proton dalam lampu tersebut. Dapat juga dilihat sedikit rekaan bahagian logo chrome bar dan grill hadapan.

Iklan raya selama 1 minit ini memaparkan model-model keluaran Proton sejak 1985 bermula dengan Proton Saga hingga model terkini Suprima S. Kejutan disaat akhir video ini adalah sedikit teaser model terbaru Proton yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. 

Menurut Pengerusi Proton, Tun Mahathir, Proton Holdings Bhd menjamin produk baharu yang akan dilancarkan nanti akan lebih canggih dan mempunyai standard yang tinggi serta pada harga lebih murah berbanding kereta import. Saya harap pihak Proton akan buat beberapa kejutan lagi :-)

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



IKLAN RAYA PROTON 2014 'PROTON SEPANJANG RAYA'



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger