Harga Lesen Kenderaan Tidak Dinaikkan


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memaklumkan harga lesen kenderaan tidak akan dinaikkan dan akan kekal seperti sedia ada. Ia dibuat selepas dia mendapat maklumat berkenaan daripada laman Twitter Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Sebelum ini, berita mengenai kenaikan harga lesen memandu menjadi viral di laman sosial dan ramai yang mempertikaikan motif kenaikan harga itu.

Sejak dua hari lalu, laman sosial dipenuhi dengan status dan tweet tentang isu lesen memandu selepas Majlis Piawaian dan Pemodenan Industri Memandu Malaysia (Mapim) bertindak menaikkan harga lesen memandu.
Menurut setiausaha Mapim, Ahmad Kasim, kenaikan harga itu perlu dilakukan bagi menampung kos penaiktarafan litar memandu.

Dalam satu perkembangan lain, ujian untuk mendapatkan lesen memandu kenderaan akan dikawal selia secara teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mulai April tahun hadapan bagi mengelak penyelewengan dalam memperoleh lesen. 

Melalui sistem ICT, pegawai JPJ hanya memainkan 40 peratus peranan untuk menentukan sama ada seseorang calon itu gagal atau lulus manakala 60 peratus lagi ditentukan menerusi sistem berkenaan. JPJ juga akan memperkenalkan sukatan baharu Kurikulum Pemandu Berteraskan Hasil Pembelajaran mulai Ogos ini bagi meningkatkan kemahiran pemanduan dan kesedaran keselamatan jalan raya. 

CADANGAN HARGA BARU UNTUK MENDAPATKAN LESEN KENDERAAN
[klik untuk besarkan imej]


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger