Great Wall M4 Harga Dari RM45K – RM59K


M4 secara rasminya dipertontonkan kepada pihak media di Cyberjaya baru-baru ini. Dalam majlis tersebut, Go Automobile Manufacturing (GO Auto) telah mengumumkan harga jualan M4 turut pada harga permulaan yang cukup kompetetif, bermula dari RM45,000.00 sehingga RM59,000.00. Pelancaran rasmi SUV lima tempat duduk itu dijangka akan diadakan dalam bulan Ogos depan.

Untuk pasaran Malaysia, M4 akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Comfort dan Premium. SUV tersebut dikuasakan enjin bersesaran 1.5 liter VVT , kuasa kuda 78 kW @ 6,000rpm dan tork 138Nm @ 4,200rpm. Enjin yang cekap dengan tahap penjimatan bahan api sekitar 6 liter untuk 100km itu dipadankan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 6-kelajuan.

Ciri-ciri keselamatan untuk M4 dua beg udara,  empat brek cakera, sensor undur, BA (Brake Assistant), ABS, EBD dan ESP. M4 tersedia pilihan enam warna luaran yang menarik seperti ‘Pearl Black’, ‘Sky Silver’, ‘Titanium White’, ‘Ocean Blue’, ‘Jazz Red’ dan ‘Fashionable Orange’.

M4 disasarkan kepada pemilik kereta pertama yang berusia di antara 21 hingga 35 tahun, selain mereka yang ingin kereta yang lebih besar untuk membawa keluarga. Model ini boleh dilawati di 20 buah bilik pameran Great Wall Motor (GWM) di seluruh negara. Setiap pembelian turut disertakan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000km jarak perbatuan (yang mana tiba terlebih dahulu).

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ





Share this article :

+ comments + 2 comments

26 Januari 2015 4:35 PTG

cantik kereta ni..sekali tengok mcm evoque..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger