‘Brochure’ Proton Saga Executive Dan Persona Executive 2014


Sabtu lepas saya ada menjenguk ke Pusat Pameran Proton dan saya ada nampak kedua-dua model ini. Selepas saya menyemak email pagi ini, dua brochure bagi kedua-dua model ini pula yang diperolehi. Pihak Proton menawarkan Proton Saga FLX Executive dengan bodykit SE , smoke lamp belakang dan leather seat . Model ini masih menggunakan Campro 1.3 IAFM. 

Saga FLX Executive ini dilengkapi dengan gearbox manual atau CVT sepertimana model SV ,  sport rim baru , door side liner dan bodykit mengikut warna kereta.  Terdapat perbezaan jika kita lihat gambar sebelum ini. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Proton Saga FLX Executive Manual (Solid) : RM41,935.65
Proton Saga FLX Executive Manual (Metalik) : RM42,385.65
Proton Saga FLX Executive CVT (Solid) : RM44,535.65
Proton Saga FLX Executive CVT (Metalik) : RM44,985.65

Pihak Proton juga telah menampilkan semula Proton Persona Executive 2014. Di pasaran semasa ketika ini hanya terdapat satu varian Persona sahaja iaitu Persona 1.6 SV (Manual dan Automatik), yang diperkenalkan sejak November 2013 yang lalu. 

Antara ciri-ciri yang ditawarkan pada Persona Executive 2014 ini adalah enjin 1.6L IAFM+, sistem Brek ABS + EBD, brek Cakera bagi kesemua tayar, Dual SRS Airbags, Gril Hadapan Chrome baru, Lining Chrome belakang baru, Eksoz Muffler, Dilengkapi dengan Leather Seat Hitam bersama kemasan Benang Putih, Ciri Pemanduan DNA Lotus Ride and Handling, Set bodykit, spoiler rekaan baru, rekabentuk Sport Rim baru dengan warna Gun Metal.

Pilhan warna Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver, Fire Red, Atlantic Blue, Bronze Garnet dan warna baru Elegant Brown. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Proton Persona Executive (MT / Solid) : RM49,938.00
Proton Persona Executive (AT / Solid) : RM52,938.00
Proton Persona Executive (MT / Metalik) : RM50,388.00
Proton Persona Executive (AT / Metalik) : RM53,388.00


Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
7 Julai 2014 11:38 PG

Ini marketing secara Ying / Yang iaitu Explore pemasaran produk sehabis boleh. Ini yang perlu dilakukan untuk pengumpulan Modal semula untuk proses pengeluaran Produk terbaru.. Hafiz (FB : Lot Tree T-Shirt)

Tanpa Nama
7 Julai 2014 1:23 PTG

dpt wifi.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger