SPYSHOT : Citroen Grand C4 Picasso Generasi Kedua Sedang Dipandu Uji!


Model terbaru Citroen ditemui! Generasi kedua Citroen Grand C4 Picasso bakal menemui kita tidak lama lagi. Gambar kiriman oleh saudara Amir Zaheen Minhaj ini telah berjaya dirakam di lebuh raya. Model MPV Citroen ini sedang dipandu uji oleh pihak JPJ. Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kerana saudara Amir sudi hantar gambar menarik ini untuk dikongsikan bersama kita semua.

Sedikit info mengenai model ini, Citroen Grand C4 Picasso baru menggunakan baru platform EMP2 . Kenderaan tujuh tempat duduk ini adalah 110 kg lebih ringan berbanding generasi sebelumnya di samping menawarkan lebih banyak ruang di dalam, bahagian jarak roda yang lebih panjang 2,840 mm.

Di peringkat global, variasi enjin terdapat 1.6 VTi 120 dan 1.6 THP 155 enjin petrol, 2.0 BlueHDi 150, 1.6 e-HDI 115 dan 1.4 liter e-HDI 90 diesel, ditambah gear manual, auto dan ETG (Efficient Tronic Gearbox) - semua dengan enam kelajuan. Saya tertanya-tanya kombo enjin kotak gear apa kita akan dapat di sini nanti.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Naza Euro Motors, Datuk Samson Anand George, Citroen Grand C4 Picasso Generasi Kedua dijangka untuk berada di pasaran Malaysia menjelang akhir tahun ini. Beliau memberitahu ketika pelancaran Citroen DS3 pada awal tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger