Proton Design Competition 2014 - #PROTONCITYCAR2020


Rakyat Malaysia yang berumur di antara 13 hingga 25 tahun dengan kad pengenalan Malaysia yang sah adalah dipelawa untuk memasuki Pertandingan Reka Bentuk 2014 bertemakan #PROTONCITYCAR2020 yang berlangsung dari hari ini sehingga 4 Ogos. 

"Kami percaya ada ramai rakyat Malaysia yang berbakat, jadi kami memberi peluang kepada mereka untuk merekabentuk kereta. Industri automotif kini sentiasa berubah dan kami mencari rekaan yang kreatif dan inovatif untuk kereta konsep masa hadapan yang bertemakan #PROTONCITYCAR2020″ kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd Datuk Abdul Harith Abdullah. 

Hadiah termasuk wang tunai,  MacBook yang lengkap dengan perisian rekabentuk dan peluang untuk menjalani latihan di Pusat Rekaan Kreatif Proton R&D. Borang penyertaan untuk pertandingan ini boleh didapati di laman web dan di bilik pameran PROTON terpilih seluruh negara.

Untuk melayakkan penyertaan mereka, peserta perlu memberi penerangan mengenai rekaan mereka seperti tajuk rekaan, konsep rekaan dan sistem enjin yang dicadangkan (misalnya petrol, diesel, hibrid, elektrik, dan lain-lain) dalam format bersaiz A4.

Peserta dalam dua kategori umur (13-17 dan 18-25 tahun) boleh mengemukakan sehingga tiga penyertaan, yang terdiri daripada saiz A3 lakaran kereta termasuk 3/4 depan, sisi dan pandangan belakang. Selamat berjaya!
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger