PROTON Akan Tukar Strategi Untuk Jadi Pengeluar Kereta Bertaraf Dunia - Tun M


Pengerusi baharu Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengeluar kereta nasional itu akan menukar strategi daripada pengeluar kereta murah kepada kereta bertaraf dunia. Sebelum ini Proton sentiasa dilabel sebagai pembuat kereta murah atau pengeluar kereta berkualiti rendah.

Untuk menjadikan Proton sebagai pengeluar kereta bertaraf dunia harga kereta Proton perlu dijual dengan harga lebih tinggi. Preve dan Suprima adalah model yang berkualiti tinggi tetapi dijual pada harga RM80,000, namun orang ramai mengatakan harganya terlalu mahal untuk kereta Proton.

Beliau turut menyatakan Proton tidak pernah meminta dana daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Petronas. Beliau turut menambah, Proton kini merupakan syarikat swasta dan ia mampu membuat kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan.

Sebelum ini Proton Holdings Bhd dikatakan bakal menjalin kerjasama dengan pengeluar kereta dari China, Geely Automobile Holdings Ltd, untuk mengembangkan pasaran ke negara tembok besar tersebut. Jika Proton dan Geely memeterai perjanjian, ia bakal menyaksikan pengeluar kereta nasional tersebut bakal mengeluarkan kereta yang berasaskan model rekaan Geely. 

Kebanyakan kereta keluaran Geely dijual di China dan mereka kini fokus kepada pembangunan, pengilangan dan jualan kereta penumpang dengan pencapaian penguasaan pasaran bernilai 3.9 billion Dolar Amerika pada 4 April tahun lalu. Selain itu Geely juga merupakan pemilik baharu jenama Volvo yang dibeli oleh mereka daripada Ford baru-baru ini.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
11 Jun 2014 9:03 PG

kalau nk jd pengeluar bertaraf dunia, kualiti kena jaga. masalah proton sekarang bukan pada aspek teknikal tp pada kualiti. performance kereta proton sekarang dah baik cuma kualiti jadi penyebab ramai yg runsing.

Tanpa Nama
11 Jun 2014 12:14 PTG

proton benar2 kena berubah.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger