Perodua Turun Harga Viva Sehingga RM5,300



Beberapa siri spyshot model terbaru Perodua terdedah sejak beberapa minggu lepas menandakan bahawa Perodua bakal melancarkan model terbaru tidak lama lagi. Ini disusuli oleh pengumuman Perodua mengenai penurunan harga model Viva dan beberapa insentif yang menarik.

Perodua telah menurunkan harga bagi semua varian model Viva sehingga RM5,300. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh, pengurangan tersebut dapat dilakukan kerana usaha penjimatan kos syarikat itu sejak 2011.

Selain itu semua pelanggan baharu Perodua juga akan mendapat pakej servis percuma selama tiga tahun. Penurunan harga itu bermula hari ini disemua 181 pusat jualan Perodua seluruh negara. Perodua juga turut memberi bonus tunai RM800 kepada pembeli yang mendaftarkan kereta Viva antara 17 Jun dan 31 Ogos tahun ini.

Berikut senarai harga baru : 

Viva 660 BX manual – RM22,000 (RM25,000, turun RM3,000)
Viva 850 manual – RM27,900 (RM33,200, turun RM5,300)
Viva S auto – RM29,900 (RM35,200, turun RM5,300)
Viva Elite MT – RM32,900 (RM38,200, turun RM5,300)
Viva Elite AT – RM36,800 (RM41,300, turun RM4,500)
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger