Diesel Standard Euro 5 Akan Dijual Di Johor


Johor akan muncul negeri pertama menjual diesel standard Euro 5 bermula tiga minggu lagi, sekali gus bakal merintis penjualan bahan bakar mesra alam sekitar itu ke seluruh negara tidak lama lagi.

Beliau berkata, buat permulaan diesel jenis itu akan dijual di 15 hingga 20 stesen minyak BH Petrol yang terletak di seluruh negeri Johor dengan harga ditetapkan adalah mengikut pasaran iaitu RM2.10 seliter berbanding diesel bersubidi di pasaran sekarang.

Keputusan menjual diesel Euro 5 di Johor dibuat selepas Singapura mengumumkan semua kenderaan menggunakan diesel (DPV) yang masuk ke republik itu mesti melepasi ujian pelepasan asap sebanyak 40 unit asap Hartridge (HSU) atau lebih rendah, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Pemilik DPV dari Malaysia diberi masa hingga enam bulan untuk mematuhi peraturan berkenaan dan diesel Euro 5 didapati mempunyai kandungan sulfur rendah adalah penyelesaian terbaik kepada kenderaan jenis berkenaan.

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger