Spyshot Model Terbaru Perodua - Bahagian Sisi!!!


Sekali lagi spyshot model terbaru Perodua berjaya dirakamkan!! kali ini sahabat saya Nazry dan Muiz telah menemui model tersebut di jalan Gopeng, Ipoh Perak. Kali ini kita dapat lihat bahagian sisi model terbaru Perodua ini, cuma bahagian depan tidak sempat dirakamkan kerana kereta tersebut menuju ke Lebuhraya PLUS.

Jika diperhatikan pada bahagian sisi tersebut, kita dapat lihat rekaan cermin sisi dan pemegang pintu chrome. Menurut mereka lagi, bahagian depan mempunyai lampu yang sedikit timbul. Kelihatan juga rekaan bahagian dashboard, lubang aircond berbentuk petak di tengah dan bulat di bahagian tepi, dikelilingi warna silver metalik.

Perodua telah mempatenkan 'Axia' di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk kegunaan model terbarunya. Ada kemungkinan Axia merujuk kepada model hatchback kompak terbaru ini yang bakal dilancarkan suku ketiga tahun ini. Model terbaru Perodua ini yang berasaskan Daihatsu Ayla dan Toyota Agya dari Indonesia, jadi nama Axia merupakan nama kembar bagi ketiga-tiga beradik ini. 

Model terbaru dari Perodua ini dikatakan sedang giat dibangunkan. Menurut info yang diberikan, model yang digunakan untuk ujian ini adalah model Daihatsu Ayla. Rekabentuk luaran model ini direka oleh Perodua dan telah dipertontonkan dalam bentuk arca semasa KLIMS13 hujung tahun lalu.

Dikatakan "model baru" ini akan dibina di kilang baru Perodua yang terletak bersebelahan dengan yang sedia ada di Sungai Choh, Rawang, manakala kotak gear akan datang dari kilang E-AT di Taman Perindustrian Sendayan, Negeri Sembilan. Jika anda terserempak dengan model terbaru Perodua ini, jom kongsikan gambar di sini :-)

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



Share this article :

+ comments + 3 comments

Tanpa Nama
19 Mei 2014 9:42 PTG

mcm mitsu mirage je..

Tanpa Nama
20 Mei 2014 9:22 PTG

PERODUA SEPATUTNYA LEBIH BAIK DARI INI.SEBABNYA MUDAH COPY AND PASTE.

Tanpa Nama
24 Mei 2014 7:15 PTG

kalau nak lancar pada bln 8, maknanya model ini hanya tukar logo dari daihatsu je. mana sempat nk tukar ape2 dah..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger