Keputusan Ujian Fasa 3 ASEAN NCAP


ASEAN NCAP telah mengeluarkan keputusan Ujian Fasa 3 dengan pengumuman global di  Melbourne, Australia sempena 2014 Global NCAP Forum dan pelancaran untuk rantau ASEAN dibuat di Melaka, Malaysia. Sebelas model kenderaan telah diuji antaranya ialah Proton Prevé, Volkswagen Polo, Chevrolet Sonic, Chevrolet Colorado, Toyota Corolla Altis, Toyota Corolla Altis 2.0 (pakej keselamatan pilihan untuk pasaran Malaysia), Honda CR-V, Isuzu D-Max, Peugeot 208, Kia Picanto, dan Kia Picanto (versi tanpa beg udara).

Buat pertama kalinya Ujian Fasa 3 telah menguji Honda CR-V versi pemanduan sebelah kiri untuk pasaran Filipina, Chevrolet Colorado (ujian tajaan) yang diuji di makmal kemalangan KATRI, Korea Selatan, pikap Isuzu D-Max dan Chevrolet Colorado yang diuji serentak di JARI dan KATRI. Selain itu, keputusan ujian model Toyota Corolla Altis 2.0 (untuk pasaran Malaysia sahaja) telah diambil dari ujian Australasian NCAP (ANCAP) di JARI dan kemasukan beberapa jenama baru untuk ujian kali ini iaitu Volkswagen, Chevrolet, Isuzu, Kia dan Peugeot.

Terdapat model mendapat penarafan berganda, sebagai contoh Honda CR-V mendapat 5- dan 4-bintang dengan variant tanpa ESC mendapat penarafan 4-bintang dan Chevrolet Colorado turut mendapat 5- dan 4-bintang dengan variant tanpa ESC mendapat penarafan 4-bintang. Dua model mendapat penarafan lanjutan iaitu Volkswagen Polo mendapat 4-bintang lanjutan terus dari model sedan kepada model hatchback. Selain itu Proton Prevé pula mendapat 5-bintang lanjutan terus ke model hatchbacknya Proton Suprima S.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



sumber Funtasticko
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger