Jean-Marc Gales - Ketua Pegawai Eksekutif Lotus Yang Baru


Selepas Proton melantik Dato’ Abdul Harith bin Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, kini giliran anak syarikatnya, Kumpulan Lotus melantik Jean-Marc Gales sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 1 Mei ini. Gales, seorang warganegara Luxembourg, berkelulusan Master dalam Pengurusan dari London’s Imperial College, dan Master dalam Kejuruteraan Mekanikal dari University of Karlsruhe di Jerman akan menggantikan Dany Bahar yang telah dipecat pada 2012.

Gales sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif European Association of Automotive Suppliers (“CLEPA”) sejak 2012. Sebelum itu beliau merupakan Presiden Automobiles Citroen dan Automobiles Peugeot antara tahun 2009 sehingga 2012, di mana beliau menstruktur semula rantaian jualan dan memperkenalkan barisan model DS. Sepanjang perkhidmatannya, syarikat telah mencatat rekod jualan pada tahun 2009 dan 2010.

Beliau juga pernah dilantik sebagai pegawai senior di Daimler AG, General Motors dan Volkswagen AG. Sementara itu, Aslam Farikullah, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Lotus, kekal sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lotus Cars Limited dan akan meneruskan khidmatnya untuk membantu pengembangan perniagaan syarikat itu di masa hadapan.

sumber : funtasticko
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger