Datuk Abdul Harith Abdullah Dilantik Sebagai CEO Baru Proton


Datuk Abdul Harith Abdullah hari ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu bagi pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd.

Abdul Harith menyandang jawatan itu mulai 15 April, kata Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd Khamil Jamil, ketika mengumumkan pelantikan itu pada satu majlis meraikan dua pekerja Hicom Automotive Manufacturers Sdn Bhd, yang berpeluang menjalani latihan perindustrian selama enam bulan dengan Volkswagen di Portugal.

Ketika ditemui pada majlis yang sama, Abdul Harith yang dahulunya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH), berkata: "Saya menjalankan tugas sejak dua bulan lalu dan pengumuman kenaikan pangkat saya ini menjadikannya rasmi."

Pengurus baharu Proton melalui pelbagai perubahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini berikutan peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, dan baru-baru ini, peletakan jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim. 

Pada Januari 2012, DRB-Hicom membeli 42.7% kepentingan dalam Proton daripada Khazanah Nasional Bhd dengan bayaran RM1.29 bilion. – Bernama
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger