AXIA Nama Bagi Model Terbaru Perodua?


Menurut lama web paultan.org, Perodua telah mempatenkan 'Axia' di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk kegunaan model terbarunya. Ada kemungkinan Axia merujuk kepada model hatchback kompak terbaru yang bakal dilancarkan suku ketiga tahun ini. Model terbaru Perodua itu nanti akan berasaskan Daihatsu Ayla dan Toyota Agya dari Indonesia, jadi nama Axia merupakan nama kembar bagi ketiga-tiga beradik ini. 

Rekabentuk luaran model ini akan direka oleh Perodua dan telah dipertontonkan dalam bentuk arca semasa KLIMS13 hujung tahun lalu. Dikatakan "model baru" ini akan dibina di kilang baru Perodua yang terletak bersebelahan dengan yang sedia ada di Sungai Choh, Rawang, manakala kotak gear akan datang dari kilang E-AT di Taman Perindustrian Sendayan, Negeri Sembilan. Model terbaru ini dijangka dijual dengan harga permulaan bawah RM30 ribu.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
12 Mei 2014 4:02 PTG

sabun axion?

Tanpa Nama
18 Mei 2014 11:30 PTG

Tiada apa nak dibanggakan. Ambil saja model Daihatsu dan tukar logo selama lamanya.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger