Volkswagen Passat Dengan Ciri Dipertingkat – RM169,888


Volkswagen Passat yang dipertingkat dengan spesifikasi yang lebih baik, kini dibuka untuk tempahan di semua pengedar Volkswagen pada harga RM169,888.

Sedan itu yang dipertingkat dengan pemasangan sistem penggera antikecurian pelumpuh elektronik, menawarkan perlindungan maksimum daripada dicuri.

Passat menawarkan enam warna, Candy White, Light Brown, Reflex Silver, Deep Black, Black Oak Brown dan Icelandic Grey.

“Selepas pengenalan versi import sepenuhnya (CBU) pada 2011, Passat yang mula dipasang di Malaysia (CKD) di kilang DRB-HICOM, Pekan setahun kemudian.

Pengarah Urusannya, Christoph Aringer berkata, Passat terus menjadi bukti komitmen syarikat dalam menawarkan kenderaan yang mendahului kelasnya pada harga kompetitif untuk rakyat Malaysia.

“Passat terus berpegang pada nilai-nilai Volkswagen seperti kualiti, inovasi dan mesra alam,” kata Aringer.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger