Toyota Camry Facelift 2015


Toyota Camry 2015 merupakan sebuah model facelift dengan reka bentuk yang direka semula dengan nafas yang lebih segar. Bahagian luaran yang banyak mengikut jejak rekaan Altis baharu, dengan pengenalan bumper hadapan baharu bersama gril yang lebih besar serta intake udara yang lebih rendah. Model ini turut menerima set lampu hadapan baharu dengan lampu LED, cermin sisi yang disemak semula rekaannya untuk kawalan aliran udara yang lebih baik, serta kombinasi lampu belakang yang ditambah baik.

Struktur badan serta casis Toyota Camry 2015 ini dilaporkan sebagai lebih teguh bagi menawarkan kualiti pengendalian yang tinggi. Disamping itu padanan suspensi MacPherson dan multi-link turut menjadikan model ini lebih responsif dari segi pengendaliannya.

Selain itu, bagi meningkatkan lagi kemantapan kualiti pengendalian, sistem stereng berkuasa elektrik turut ditampilkan dengan kuasa kestabilan yang lebih optimum, disamping penggunaan rim aloi 18 inci berekaan unik dan agresif. Juga sistem brek hidraulik turut telah menerima penambah baikan bagi memberikan kuasa brek yang lebih responsif.

Toyota juga turut meningkatkan kualiti tahap NVH (Noise Vibration Harshness) untuk model Camry 2015, dengan cermin dan litupan pintu telah disemak dan diperbaiki bagi menyingkirkan bunyi dari luar daripada menyerapi bahagian kabin.

Perubahahan di bahagian dalaman adalah agak terhad; dengan penambahan material peredam bunyi, kluster instrumen yang dengan rekaan baharu bersama paparan TFT bersaiz 4.2 inci. Konsol di bahagian tengah ditambah baik dengan penambahan outlet 12V dengan sambungan USB.

Varian enjin akan ditawarkan;

Enjin 2.5 liter empat silinder yang menjanakan 178 kuasa kuda dan 230Nm untuk tork.
Enjin 3.5 liter V6 dengan 268 kuasa kuda dan 335Nm tork.
Enjin 2.5 liter Atkinson dengan Hybrid Synergy Drive yang menghasilkan 200 kuasa kuda.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger