Teaser Kia Sedona


KIA bakal mempertontonkan model generasi baharu Sedona / Carnival buat pertama kalinya di New York Auto Show bulan ini. Sekali imbas nampak seperti KIA Optima K5 rupa hadapannya dengan jeriji yang lebih besar dan lampu LED siang pada lampu hadapan menyerlahkan lagi gayanya. Cermin sisi kereta dikecilkan di bahagian belakang yang kelihatan membalut bahagian belakangnya.

Kia telah mengeluarkan satu imej “penggoda” generasi Sedona menjelang kemunculan sulungnya di New York Auto Show. Van itu adalah pengganti yang amat diperlukan bagi model semasa yang kian usang, yang pernah ditarik balik dari pasaran Amerika Syarikat dan kembali ke pasaran, dengan keadaan hampir tidak berubah. Di Malaysia, model ini dikenali dengan Kia Carnival atau Naza Ria yang mana sudah lama tidak membuat kemunculan baru.



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger