Sistem Pendaftaran Kenderaan Tanpa Sempadan Mula 1 Mei 2014


Mulai 1 Mei ini pembeli kenderaan boleh memilih nombor pendaftaran mengikut negeri yang dikehendaki dan mendaftarkannya di mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara. Ia dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan di bawah sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan bagi memudahkan pembeli mendaftar kenderaan di mana saja tanpa perlu ke negeri nombor yang mereka minati. 

Timbalan Menterinya, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata sebagai contoh, pembeli di Melaka yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran Johor, boleh memohon di JPJ Melaka tanpa sebarang bayaran. “Kita boleh memohon nombor pendaftaran di mana-mana negeri dan mendaftarkannya di mana-mana saja. Sistem ini bagi menampung permintaan pelanggan yang meminati nombor pendaftaran tertentu dan kerajaan memudahkan pendaftaran di mana-mana negeri,” katanya. 

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa Gred N41 dan Pembantu Penguatkuasa Gred N17, di Akademi Pengangkutan Jalan, di sini semalam.  Seramai 249 pelatih mengikuti kursus tiga bulan itu bermula 13 Januari lalu. Hadir sama, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad. 

Abdul Aziz berkata, sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan dilaksana menerusi perkhidmatan pengkomputeran mySIKAP yang kini semakin berfungsi dengan baik.  “Selepas sistem ini (mySIKAP) berjalan lancar, kita boleh serapkan sistem pendaftaran tanpa sempadan kerana kita jangkakan prosesnya tidak banyak kerana masih ramai yang mendaftar mengikut negeri,” katanya. 

sumber Bharian
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger