Perodua Myvi Extreme 1.5 2014 Dilancarkan - RM61,240.50


Perodua turut memperkenalkan Myvi Extreme 1.5 (2014) versi yang dipertingkatkan. Walaupun ianya bukanlah versi ubah muka (facelift) seperti yang dinanti-nantikan sebelum ini, namun beberapa peningkatan yang dilakukan terhadap model berkenaan tetap memberikannya kelebihan yang setara dengan nilainya.

Masih dikuasakan enjin 1.5 liter DVVT, DOHC dengan sistem EFI, Myvi Extreme 1.5 terbaru ini didatangkan dengan filem penebat solar keselamatan (Solar & Security Window Film), ‘cover’ tempat duduk baru yang sporty, serta kehadiran ‘PVC Coil Mat’. Perodua Myvi Extreme 1.5 terbaru tersedia dalam pilihan 3 warna luaran yang menarik seperti ‘Majestic Yellow’ (Kuning), ‘Ivory White’ (Putih) dan ‘Ebony Black’ (Hitam).

Untuk makluman, Perodua Myvi Extreme 1.5 terbaru kini hanya ditawarkan dalam varian automatik sahaja memandangkan Perodua telah membuat keputusan untuk memberhentikan pengeluaran versi manual model tersebut. Myvi Extreme ini dijual pada harga atas jalan RM61,240.50. Jaminan tiga tahun atau 100,000km (yang mana terlebih dahulu) dengan pilihan jaminan lanjutan selama dua tahun atau 50,000km (yang mana terlebih dahulu) turut ditawarkan untuk pembelian Myvi XT atau Myvi Extreme.




Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger