Perodua Myvi 1.3 XT (2014) Dilancarkan - RM41,936.45 Hingga RM45,436.45


Perodua telah melancarkan varian terbaru Perodua Myvi 1.3 XT hari ini bagi menggantikan varian standard. Dua warna baru ‘Dazzling Red’ dan ‘Lime Green’ diperkenalkan untuk Myvi 1.3 XT. Ditawarkan dalam dua varian iaitu manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan. 

Model tersebut masih dikuasakan enjin 1.3 liter sama seperti varian Myvi standard terdahulu, tetapi telah mengalami penambahbaikan dari segi aksesori. Gril depan krom baru turut diperkenalkan termasuklah rim sukan baru lima bilah yang lebih sporty.

Di bahagian interior, sistem audio telah dipertingkatkan dengan sambungan Bluetooth dan port USB. Material fabrik baru yang lebih cantik untuk tempat duduk. Dari segi ciri-ciri keselamatan, Myvi 1.3 XT dilengkapi dua beg udara (Dual SRS Airbags) dan memperolehi penarafan 3-Bintang dari Asean NCAP. 

Namun oleh kerana ianya menggantikan varian Myvi 1.3 Standard terdahulu, Myvi 1.3 XT tidak dibekalkan sistem keselamatan ABS dengan EBD dan BA. Selain daripada warna ‘Dazzling Red’ dan ‘Lime Green’, turut ditawarkan adalah warna ‘Mystical Purple’, ‘Ivory White’ dan ‘Glittering Silver’.

Harga atas jalan untuk model ini ialah RM41,936.45 (solid) dan RM42, 436.45 (metalik) bagi varian manual, manakala automatik pula berharga RM44, 936.45 (solid) dan RM45, 436.45 (metalik).

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ






 
 




Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
14 April 2014 2:31 PTG

beza color dan grill je? lepas tu panggil nama XT for extra?

Tanpa Nama
14 April 2014 4:05 PTG

cantik juga warna ni. kalau Myvi 1.3 se buat warna macam ni pun ok.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger